Mengupas isu dan masalah dalam industri gaharu.


Peladangan depu/gaharu merupakan satu bentuk pelaburan yang mampu mendatangkan pulangan lumayan yang mana 1 ekar ladang depu boleh menjana pulangan keuntungkan sehingga RM 2 juta/ ekar. Oleh yang demikian ramai yang berlumba-lumba untuk menanam dan mengusahakan sendiri pokok yang bernilai ini yang diistilahkan sebagai “emas hitam” dari hutan Tropikal.

Pokok karas ini merupakan spesis pokok hutan yang tumbuh secara meliar di dalam hutan dan juga kebun-kebun getah orang kampung yang mana habitatnya adalah mudah dan tidak rumit untuk hidup di mana-mana kawasan selain dari kawasan tanah yang berair. Pokok ini pada pandangan orang kampung dan mereka yang tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang pokok ini adalah amat tidak bernilai kepada mereka.

Malahan ia menimbulkan satu masalah kepada pekebun getah kerana pokok ini amat mudah membiak di dalam kebun-kebun getah dan menyemakkan kawasan. Bagi mereka yang mengetahui potensi pokok ini, mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya sehingga ada yang sanggup memasuki jauh ke pendalaman hutan berbukit berminggu-minggu dan ada yang sanggup mengambil risiko mencerobohi kawasan hutan simpan semata-mata untuk mendapat teras/gaharu. Itu pun kalau yang bernasib baik mampu mendapatkan teras gaharu ini dengan kuantiti yang sedikit. Ini kerana pokok ini tidak semua yang mampu menghasilkan teras gaharu.

Kenapa hal ini boleh berlaku? Ianya adalah disebabkan oleh faktor-faktor alam semulajadi, yang mana pokok karas hanya menghasilkan teras gaharu apabila proses tumbesarannya diganggu atau terbantut oleh serangan mikro organisma dalam batang pokok tersebut. Oleh yang demikian pokok karas yang mengandungi teras gaharu ini biasanya boleh didapati pada pokok yang sakit sahaja. Sekiranya pokok yang sihat dan tidak ada sebarang kecederaan teras gaharu tidak terhasil.

Teras gaharu terhasil adalah disebabkan pokok yang sakit, apabila pokok ini sakit maka pokok ini akan mengeluarkan satu cecair yang dikenali damar atau risen (boleh dikatakan juga sebagai antibodi) untuk merawat kembali kecederaannya, damar dan risen inilah yang akan menyebabkan berlakunya pembentukkan teras gaharu.

Oleh yang demikian, para pengusaha karas yang ada dan lahir bagai cendawan tumbuh akan melakukan proses menyakitkan pokok bagi memaksa pokok depu ini mengeluarkan damar/risen. Biasanya proses ini akan dilakukan apabila pokok mencecah usia 5 tahun. Ramai pengusaha-pengusaha yang berusaha melakukan pelbagai cara untuk memaksa pokok depu ini menghasilkan teras gaharu dengan pelbagai kaedah tetapi hasilnya adalah tidak seberapa.

Dari kaedah rawatan atau dikenali dengan proses inokulan ini yang berkonsep tradisional dengan menggunakan bermacam-macan cara dan kaedah tetapi hasilnya tidak seperti yang dikehendaki, dengan itu kajian selidik giat dijalankan maka lahirlah kaedah inokulan moden yang menggunakan fungus dan ada juga yang menggunakan bahan kimia untuk menghasilkan teras gaharu (makluman teras yang dihasilkan dengan menggunakan bahan kimia tidak mendapat permintaan kerana boleh memudaratkan pengguna).

Kaedah yang menggunakan fungus ini sedikit sebanyak mampu membantu pengusaha dalam menyelesaikan untuk mendapatkan teras dari pokok karas. Persoalan dan juga permasalahan yang timbul pada hari ini adalah, dalam banyak-banyak kaedah inokulan yang diperkenalkan dan ditawarkan kepada pengusaha-pengusaha ladang karas ini, tidak ada satu pun teknologi yang yang dapat menghasilkan teras gaharu semaksima mungkin. Keadaan ini berterusan hingga ke hari ini, dan disebabkan hal ini, maka ramai pihak termasuk pihak kerajaan dan juga swasta berlumba-lumba membuat kajian untuk menghasilkan satu teknologi yang berkesan bagi bergerak selangkah kehadapan untuk menandingi antara satu sama lain.

Walaupun kita lihat bahawa untuk megusahakan ladang depu ini adalah tidak rumit kerana pokok ini senang ditanam tetapi hakikat yang sebenarnya adalah silap. Mungkin proses penanamannya adalah mudah tetapi kekangan dari faktor-faktor lain yang menyebabkannya menjadi rumit dan berisiko tinggi. Antara permasalahan yang paling utama dalam bidang ini adalah teknologi inokulan.

Teknologi inokulan merupakan faktor terpenting dalam bidang ini, kerana ianya dapat menentukan hasil selepas tempoh yang agak panjang kita luangkan untuk mendapatkan hasilnya iaitu selama 6 tahun kita berusaha menguruskannya. Sekiranya tersilap memilih teknologi inokulan yang sesuai dan berkesan maka usaha kita berpenat lelah selama 6 tahun akan dibuang begitu sahaja. 6 tahun merupakan satu tempoh yang panjang untuk kita sia-siakan dan ianya tidak dapat ditebus dengan wang ringgit walaupun wang ringgit juga telah dibazirkan selama tempoh itu.

Sanggupkah kita memperjudikan masa 6 tahun tersebut untuk mengambil risiko bagi pemilihan teknologi yang sesuai dan berkesan. Risiko yang seterusnya adalah dari segi proses penuaian hasil, proses penuaian hasil ini memerlukan tenaga pakar. Ini kerana, semasa kita menyucikan teras gaharu dengan kayu luar memerlukan tugas seni dan pakar bagi mengelakkan berlakunya kerugian dan pembaziran, tidak semua pekerja yang mampu memikul tugas ini dan ianya memerlukan kepakaran dan juga pengalaman. Sekiranya tersilap kita yang akan menanggung kerugian, sepatutnya 1 pokok boleh menghasilkan 5kg teras gaharu disebabkan menggunakan pekerja yang kurang mahir maka berat teras akan berkurangan.

Pasaran juga menjadi satu masalah kepada pengusaha-pengusaha kecil-kecilan, ini kerana untuk kita jual terus kepada pembeli secara sah nya ianya memerlukan lesen perjualan teras gaharu yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Pengusaha kecil-kecilan ini memerlukan masa yang lebih lama untuk menjual hasil keluaran mereka berbanding pengusaha-pengusaha besar yang mana telah mempunyai jalinan yang kukuh dengan pembeli-pembeli di luar negara. Selebihnya risiko penanaman, sekiranya pokok mati, pembajaan, pengairan, ancaman dari perosak, penjagaan dan sebagainya.

Posted on 9 February, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: