Gaharu pokok emas atau kayu Tuhan apa hubungannya dengan agama, khususnya Islam.

Nilai pasaran gaharu jika dibandingkan dengan Emas nilainya melebihi 1.5 kali ganda dari emas. Jadi, apakah sebenarnya pokok yang digelar sebagai tanaman Emas atau kayu tuhan ini.
Gaharu, oud, depu, aloeswood, eaglewood, jinkoh dan chen-xiang menjadi buruan pedangang Arab dan China sejak zaman berzaman sehingga wujudnya pepatah melayu “sudah gaharu cendana pula”.

Industri penanaman gaharu merupakan suatu industri yang baru dimalaysia tetapi bagi negara jiran mereka sudah pun meninggalkan kita jauh kedepan hampir empat puluh tahun. Kita ketinggalan kerana pihak yang sepatutnya melakukan kerja penyelidikan melakukannya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Walau bagaimana pun kita masih boleh mengejar mereka kerana sekarang adalah masa yang terbaik untuk kita berbuat demikian.

Sebenarnya tanaman ini adalah satu-satunya tanaman yang sangat mudah untuk diusahakan kerana ia hanya seumpama tanaman 3T (Tanama, Tinggal dan Tuai). Namun kita tidak digalakkan melakukan sedemikian kerana hasilnya nanti bergantung kepada apa yang telah kita lakukan. Untuk mengusahakan tanaman ini kita memerlukan ilmu yang cukup dan faktor kewangan yang kukuh juga kerana sudah banyak pengusaha yang tertarik dengan pulangan yang dijanjikan namun tewas ditengah jalan.

Tidak bermaksud kita tidak boleh menanam sebatang dua disekeliling rumah. Namun tepuk dada tanya selera, (silap tu.. tepuk dada tanya iman). Jika ingin melakukan sesuatu maka kita harus melakukan bersungguh sungguh pasti gerbang kejayaan menanti kita dihadapan.Umat islam dipandang lemah kerana kita tidak memiliki harta yang banyak maka kita boleh diperkotak katikkan oleh bangsa yang memiliki kekayaan. Gaharu mampu meninggkatkan ekonomi umat islam maka fikir-fikirkan lah…

Gaharu juga ada nilai kegamaan. Pengunaan gaharu sejak zaman Rasullulah lagi. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: Ubatilah dengan menggunakan Oudh (gaharu) kerana didalamnya terdapat tujuh kebaikan.

Minyak gaharu juga memang terkenal sebagai antara ekstrak minyak paling mahal didunia dianggarkan mencecah $20,000 dolar Amerika satu kilogram. Kegunaan perubatan mahupun upacara kebesaran dalam Ayurvedik, Sufi, Cina, Tibet, Arab dan Unani banyak menggunakan bahan daripada gaharu untuk tujuan yang sama. Antaranya ialah :

• Meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah yang berkaitan.

• Melegakan dan merawat sistem pernafasan – bagi pesakit lelah, resdung dan batuk dan kronik.

• Merawat kanser tumor dan kanser paru-paru.

• Melegakan insomnia (susah tidur) dan tidur yang kurang lena.

• Mengawal kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

• Merawat sistem limfa – sistem pertahanan badan.

• Mengawal dan menstabilkan tekanan darah tinggi.

• Mengurangkan masalah sembelit, angin, cirit-birit dan IBS (perut sensitif).

• Merawat masalah buah pinggang.

• Tonik untuk menguatkan fungsi jantung.

• Merawat penyakit hati.

Posted on 9 February, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: