Cabaran terbesar dalam mengurus Rumah Burung Walit (RBW).

Dahulu di Terengganu popular dengan slogan “Tiada Halangan..Hanyalah Peluang “. Semua orang tahu bahawa sesuatu itu tidak akan datang dengan percuma. Yang bulat tidak akan datang tergolek, yang pipih tidak akan datang melayang, melainkan harus berusaha untuk mendapatkannya. Begitulah juga dengan pepatah mengatakan.. “kita memberi orang merasa”..
Apa yang kita lakukan tidak seharusnya ikut kata hati sahaja. Pastinya ada sesuatu perkara yang memerlukan pandangan atau nasihat dari orang yang lebih arif tentang sesuatu. segala ilmu akan dikongsi bersama.. Kejayaan teman-teman juga merupakan kejayaan kita semua. Jika anda mempunyai pengetahuan luas tentang sesuatu itu..berkongsilah!..

Ilmu yang bermenafaat yang diajar semasa hidup akan dibawa ke kubur…ingatlah.. bukan susah nak buat pahala ni… jangan buang masa.

Usaha Tanda Kejayaan….. pepatah ini diajar dan dipelajari sejak masih kecil lagi…. Anda pun mungkin juga begitu. bermulanya dengan satu..lama-lama jadi bukit… bersabar dan berdoaalaah.. kesabaran membawa berkat..bila dah berjaya..orang yang pernah memberi kita pertolongan janganlah dilupakan..

Bercakap tentang kejayaan ini , apakah cabaran terbesar dalam menguruskan rumah burung walit?. Berbagai andaian dan pendapat diberikan , ramai akan mengatakan cabaran terbesar adalah untuk mengekalkan suhu yang dingini oleh walit. Suhu yang sesuai untuk walit dikatakan antara 28-30 C. Kelembapan adalah antara 85% hingga 90%. Jika dilihat kepada cabaran ini, kita amat bertuah kerana cuaca dinegara kita telah menghampiri keadaan yang dikehendaki oleh walit. Maka agak wajar negara-negara di Asia Tenggara menjadi tumpuan walit kerana kita beriklim Khatulistiwa.

Walaupun begitu, kerana populasi walit mencari makan dikawasan perkebunan ,hutan dan sawah. Maka semua perkara habitat dalaman itu tidak menjadi satu masalah bagi walit asalkan ia tidak terlalu panas dan menganggu mereka. Kenapa mereka mahukan suhu seperti itu?… secara mudah kerana ia amat memerlukan suhu yang sesuai untuk proses pembiakan bermula daripada bertelur, mengeram, menetas, dan menjaga anak-anak walit hingga dewasa. Sekiranya semuanya kondusif .. Insyallah RBW akan mampu memikat walit untuk bersarang dan tinggal di disitu.

Kalau begitu cabarannya tidaklah sukar untuk mengurus rumah walit. Bagaimana pula dengan
“Kawasan dan lokasi” Adakah ia memainkan peranan penting daripada suhu dan kelembapan. Di kawasan yang telah banyak populasi burung, walit akan lebih suka bermain kerana menjadi satu tabiat burung ini mereka akan hidup di dalam klompok atau kaloni yang besar. Dikatakan bahawa populasi burung walit akan bertambah dengan kadar 3 kali ganda setahun. Oleh itu dalam menghadapi cabaran pemilihan kawasan, dan suara yang mampu menarik burung memainkan peranan cukup penting dan ia menjadi satu cabaran yang harus diselesaikan terlebih dahulu apabila seseoang itu ingin membina RBW. Setelah itu, barulah diambil kira habitat makro dan mikro bangunan, semakin canggih, murah, dan selamat!

Apakah cabaran yang terbesar dalam mengurus rumah walit. Cabaran paling besar adalah.. untuk memastikan burung masuk dan mendiami RBW secara konsisten. Menunggu burung masuk dan membentuk sarang pertama adalah saat-saat yang paling mendebarkan. Kepuasan mula timbul apabila sarang burung pertama dapat dilihat dbina oleh walet secara sempurna. Namun, kita tidak berhenti setakat itu, perjalanan masih panjang. Perjalanan sebenar akan bermula apabila walet mula bersarang 1, 2, 3 ,4 dan berkembang. Maka akan timbul soal lain pula. iaitu gred dan kualiti sarang.

Posted on 1 February, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: