Industri kayu gaharu dimajukan.


UiTM hasilkan 4 Moons Booster hasil minyak tanpa bahan kimia.

KOSMO! Edisi Niaga SELASA 18 JANUARI 2011

SHAH ALAM – 4 Moons Booster, produk terbaru yang merangsang pengeluaran minyak kayu gaharu dengan lebih banyak tanpa menggunakan bahan kimia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

4 Moons Booster adalah basil ciptaan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid bersama penuntut Fakulti Kejuruteraan Kimia universiti berkenaan selama 18 bulan.

Produk tersebut merupakan campuran pelbagai tumbuhan dan mesra alam sekitar. Minyak gaharu selain dijual sebagai minyak yang tulen, ia juga turut digunakan untuk industri pembuatan minyak wangi atau mi¬nyak atar.

Ku Halim menjelaskan, sejak memasuki pasaran empat bulan lalu, produk itu telah menarik minat ramai pengusaha kayu gaharu di Indonesia, Vietnam dan Timur Tengah untuk embelinya.

Sebelum ini, proses untuk menghasilkan minyak gaharu akan mengambil masa di antara lapan sehingga 12 bulan. Bagaimanapun, dengan menggunakan produk ini, pengu¬saha akan dapat menuainya dalam jangka masa empat bulan dan minyak yang dihasilkan juga lebih banyak daripada proses sebelum ini.

“Sebelum ini, penghasilan teras gaharu yang bernilai tinggi hanya dapat diperoleh selepas dua tahun cecair ini disuntik ke dalam pokok berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) di antara UiTM dengan Southern Farm Valley Johore Sdn. Bhd. (Southern Farm Valley) di sini baru-baru ini.

Pemeteraian MoU itu bertujuan untuk membolehkan Southern Farm Valley memasarkan produk 4 Moons Booster dengan lebih berkesan di seluruh negara. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said dan Pengarah Urusan Southern Farm Valley, Mohd. Ali Amir Batcha.

Selain itu, Ku Halim menjelas¬kan, pada masa sekarang kebanyakan pengusaha kayu gaharu menggunakan kaedah menyuntik bahan kimia pada batang pokok tetapi ia telah menyebabkan pokok mudah mati dan akhirnya ia tidak akan menarik minat pelabur.

Posted on 18 January, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: