Projek resin gaharu sekitar Bakun dilancar – BERNAMA


Projek resin gaharu sekitar Bakun dilancar
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan kerjasama Asap Koyan Development Community (AKDC) akan melaksanakan projek peningkatan sosioekonomi sekitar empangan Bakun untuk menghasilkan resin gaharu, yang berjumlah kira-kira 20,000 pokok dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata AKDC ditawar geran projek Community InnoFund (CIF) sebanyak RM300,000 oleh Mosti untuk melaksanakan fasa pertama melalui pembangunan kemudahan ekstraksi produk gaharu dan aplikasi teknologi inokulasi pokok karas.

“Agensi Nukleur Malaysia telah dilantik sebagai agensi pelaksanaan bagi memantu teknologi inokulasi penghasilan resin yang dibangunkan bersama rakan kerjasamanya dalam projek CIF ini,” katanya dalam satu kenyataan di Kuching.

AKDC adalah sebuah pertubuhan yang berperanan bagi menstrukturkan penempatan semula penduduk asal Belaga dan menjaga hal ehwal sosioekonomi masyarakat, khasnya berkaitan isu pembangunan empangan Bakun.

CIF merupakan satu geran yang diperuntukkan oleh Mosti bagi membantu masyarakat akar umbi atau komuniti di Malaysia dalam pembangunan dan peningkatan produk, proses serta khidmat berinovasi selain mempunyai nilai ekonomi yang berupaya meningkatkan kualiti kehidupan komuniti.

Dr Ongkili dijadual melancarkan projek itu pada 11 Jan di Belaga, bahagian Kapit, yang mempunyai penduduk daripada beberapa kumpulan etnik sperti Kenyah, Kayan, Punan, Penan, Kajang dan Tanjung.

Beliau berkata kawasan yang akan ditenggelami air itu merangkumi keseluruhan kawasan sumber ekonomi utama masyarakat tempatan Belaga, termasuk sumber makanan dan sumber hasilan hutan bernilai tinggi seperti gaharu.

Dalam pembangunan empangan berkenaan, yang akan ditenggelami air pada 2013, sebuah tasik berkeluasan 695 kilometer persegi dan berkedalaman 228 meter dari aras laut akan dibangunkan.

–Bernama

Posted on 9 January, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: