Inokulasi yang dilakukan keatas pokok gaharu spesis karas tempatan (aquilaria malaccensis) telah berjaya menghasilkan teras (resin).

Gaharu adalah emas hitam dari hutan tropikal. Bukan hanya ilusi tetapi realiti, percubaan yang kami lakukan keatas pokok karas aquilaria malaccensis benar-benar membuahkan hasil. Pokok yang tumbuh dikebun telah kami lakukan ujian inokulasi pada 27/6/2010 terbukti berhasil bila ditebang pada 28/12/2010 didapati telah menghasilkan teras gaharu.

Umur pokok tersebut dianggarkan 7 hingga 8 tahun dan mempunyai ketinggian lebih kurang 15 kaki. Ukuran lilitan lebih kurang 18 inci. proses inokulasi yang dijalankan setelah enam bulan menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan. resin gaharu yang terbentuk berwarna coklat dan hitam tetapi masih muda. Mungkin selepas satu tahun hingga dua tahun, resin yang terjadi lebih tupat dan padu. Pastinya boleh dijual dengan harga yang tinggi.

Inokulasi adalah suatu kaedah yang sangat penting dalam usaha menghasilkan gaharu. Sebenarnya resin gaharu tidak mudah terjadi secara semula jadi. Tindakan manusia diperlukan untuk menjadikan pokok tersebut sakit dengan cara mencucuk dan memasukan bahan tertentu kedalam pkok. Proses inilah yang dinamakan inokulasi.

Percubaan yang kami buat adalah menggunakan teknologi yang kami hasilkan sendiri selepas beberapa kali mencuba dengan kaedah yang dicipta sendiri. Inokulasi ini adalah kajian kami sendiri dan dijangka sesuai untuk pokok-pokok gaharu di Semenanjung Malaysia, Sabah, Serawak dan juga Indonesia.

Dengan adanya kaedah inokulasi ini mudah-mudahan dapat membantu masyarakat dan pencinta gaharu untuk meningkatkan ekonomi mereka. Jangan takut untuk tanam gaharu. Apa yang kami lakukan bukan omongan kosong atau impian yang tidak berpijak dibumi nyata.

Inokulasi ini juga telah membuktikan hasil tindak balas mikro organisma yang kami gunakan keatas pokok karas spesis tempatan yang kami suntik .

Posted on 30 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: