Mentor yang berpengalaman harus dapat memberi penjelasan dan menentukan berapa banyak lubang ventilasi yang diperlukan.


Suatu espek yang sering menjadi persoalan dikalangan pengusaha rumah burung walit ialah tentang peredaran udara dalam rumah burung. Peredaran udara ini disebut ventilasi.

Perlu atau tidak ventilasi dalam rumah burung?. Bagaimana untuk mengadakan ventilasi dalam rumah burung walit. Apakah alat atau instrument yang digunakan. Jika mengunakan lubang (Ventilation Hole) dimanakah tempat letaknya lubang yang sesuai untuk tujuan peredaran udara ini. Dimana perlu ventilasi ini. Ruang atas dan bawah; atau hanya satu ventilasi saja di tengah-tengah dan lain sebagainya. Persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Dalam membudidaya (memetik istilah yang digunakan di Indonesia) burung walit, umum mengetahui bahawa kesetabilan suhu dan kelembapan adalah penting supaya burung dapat menginap dengan selesa dan aman. Kesetabilan suhu dan kelembapan juga penting untuk populasi burung walit berkembang biak.

Mentor yang berpengalaman harus dapat memberi penjelasan dan menentukan berapa banyak lubang ventilasi yang diperlukan. Dimana kedudukan sebenar untuk meletakan lubang ventilasi tersebut. Apakah material yang sesuai digunakan untuk tujuan tersebut. Penjelasan yang tepat dan jika menunjukan bahawa mentor tersebut berpengalaman dan pakar dalam bidang membudidaya walit. Jika ini pun tidak dapat diberi penjelasan maka jelaslah dia bukan mentor tetapi sekadar tukang rumah sahaja.

Sebenarnya berapa banyak lubang ventilasi yang diperlukan bergantung lokasi rumah burung tersebut. Lokasi yang berbeza, maka berbezalah taburan hujannya. Suhunya juga berbeza. Perbezaan hujan dan suhu ini akan membawa perubahan kepada habitat dalaman rumah burung walit. Sebaiknya anda perlukan data suhu dan taburan hujan tahunan.

Pergerakan udara dipengaruhi oleh keadaan angin. Begitu juga udara panas dan sejuk tentunya akan mempengaruhi pergerakan udara ini. Udara panas lebih ringan daripada udara sejuk. Udara sejuk akan menolak udara panas keatas. Jadi pergerakan udara bergerak dari bawah keatas. Teori ini boleh digunakan untuk menentukan letaknya lubang ventilasi. Berapa banyak diperlukan berapa tinggi kedudukannya dari kayu sirip atau kayu plank.

Posted on 29 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: