Ketinggian antara lantai bagi rumah burung yang berjaya.


Selalu juga ditanya orang berapakah ketinggian yang sesuai untuk rumah burung walit. Bagunanan empat tingkat tentulah tinggi. Apakah burung walit hanya tinggal pada bangunan tinggi sahaja. Jika ketinggian satu tingkat 10 kaki, ini bermakna ketinggian empat tingkat adalah 40 kaki.

Bagi membina bangunan setinggi itu sememangnya memakan belanja yang besar. Ia mungkin menelan belanja 200K hingga 400K. Siapa yang mampu untuk membina bangunan sebesar itu. Apakah bangunan yang kecil dan rendah tidak dihuni oleh burung walit ?.

Nak bina rumah untuk kediaman pun tidak mampu inikan pulak hendak membina hotel untuk burung walit. Walau bagaimana pun ianya tidak mustahil. Apa yang terjadi ialah manusia hanya tinggal dalam rumah kayu sahaja. Tetapi burung walit tinggal pada bagunan yang begitu cantik laksana hotel lima bintang. Pelik-pelik. Tetapi itulah hakikat yang berlaku. Demi untuk mendapatkan wang manusia sanggup lakukan apa sahaja.

Justeru itu bagaimana untuk mengurangkan kos pembinaan bangunan. Kaedah yang paling logik ialah kecilkan bangunan dan kurangkan ketinggian. Saiz standard yang selalu dibuat orang ialah 20 kaki lebar dengan panjang 40 kaki. Manakala ketinggian antara lantai ialah 10 kaki. Namun begitu saya juga temui rumah burung yang mempunyai saiz 18 kaki lebar dan panjang hanya 20 kaki sahaja. Rumah burung ini juga termasuk dalam kategori yang berjaya. Ketinggian antara lantai hanyalah 7 kaki sahaja.

Pada saya ketinggian antara lantai adalh relatif antara 6 kaki hingga 15 kaki. Wallahualam…..

Rumah burung yang bersaiz mega tetapi gagal pun banyak juga. Jadi kecil bukan penyebab gagal dan besar tidak semestinya berjaya. Segalanya bergantung kepada rezeki, namun usaha dan ikhliar harus ada. Jika kita buat dengan spikasi yang betul mengikut sepertimana kehendak burung walit. Insyaallah berjaya. Untuk lebih berjaya tanyalah pakar dalam bidang membudidaya walit. Untuk keterangan lanjut hubungi ADNIC Berd Nest.

Posted on 28 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: