Menjana duit dengan rumah bunglow.


Hari ini ramai yang berminat bila bercakap pasal duit. Bagaimana nak menjana duit agar bertambah bertimbun-timbun. Kalau boleh tak payah kerja, tetapi duitnya mahu. Duit masuk tidak putus-putus bertali arus macam tali sambung menyambung.

Bila ada yang bercerita pasal duit ramai yang tertarik. Berbagai skim diwujudkan termasuklah skim cepat kaya.

Bagi yang berduit tentunya bercita-cita nak beli rumah. Tak kisahlah rumah kos rendah ke, rumah mampu milik atau rumah bunglow. Asalkan mendapat tempat kediaman yang selesa. Jika memiliki tanah buat rumah sendiri lagi baik. Tanah boleh dibeli atau dipohon dari kerajaan. Jika di Terengganu permohonan untuk memiliki tanah untuk tapak rumah masih dibuka. Tetapi syaratnya mestilah rakyat Terengganu. Beruntungnya orang Terengganu. Dapat kerajaan yang prihatin kepada rakyat. Sesuai dengan slogan Menteri Besarnya “ Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan.”

Apa yang menarik tentang rumah ni, kalau dapat dibina kolam ikan pun jadi .. kalau tidak mampu bina kolam renang . Nanti buatlah decoration sedikit tambah air terjun, pasang lampu, pasang pump dan sebagainya.. Jika mampu boleh buat rumah impian. Pokok pangkalnya duit.

Tetapi kadang-kadang rumah pun boleh buat duit. Rumah boleh jana duit ribu-ribu sebulan….Soalnya bagaimana cara ?. Bunglow boleh buat duit ?.

Baru-baru ini seperti yang saya posting dahulu terdapat sebuah bunglow di Terengganu direka bentuk sedemikian rupa untuk dijadikan rumah burung walit. Pada bahagian bumbung rumah atau pada bahagian siling diubah suai menjadi rumah burung walit. Perancangan dibuat dari awal lagi kerana keperluan untuk burung tidaklah terlalu sukar. Asalkan keluasan dan ketinggiannya mencukupi.

Ketinggian ruang untuk dijadikan rumah burung walit adalah antara 6 kaki hingga 15 kaki. Ini bermakna jika ruang bumbung rumah bunglow anda mempunyai ketinggian ruang paling minimun 6 kaki sudah boleh buat rumah burung. Tetapi syaratnya ruang siling tu kenalah konkrit, jika tidak ia akan bermasalah.

Jika hendak ubahsuai sebuah bunglow menjadi rumah burung pun lagi baik. Di ibu kota Kuala Lumpur terdapat sebuah bunglow yang bernilai RM1 juta telah diubahsuai menjadi rumah burung walit untuk menjana wang.

Posted on 27 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: