Projek dua dalam satu gabungan rumah burung walit dan kebun gaharu.

Pokok Depu/Karas/Aquilaria adalah pokok yang akan menghasilkan Gaharu, dan ia hanya boleh tumbuh di kawasan Asia Tenggara serta Selatan India dan China. Di Malaysia pokok tersebut boleh didapati di kawasan hutan dan boleh tumbuh di semua jenis tanah kecuali kawasan berair. Di Selatan Thailand ia ditanam di dalam Ladang Getah yang di selang seli oleh pokok ini. Gaharu hanya boleh dihasilkan dari pokok ini dan tidak boleh dihasil secara artificial, oleh sebab itu permintaan dari Barat dan Asia Barat amat tinggi sehingga ia mempunyai nilai lebih mahal dari emas.

Oleh kerana permintaan dan nilainya yang amat tinggi, aktiviti pengambilan gaharu dari hutan asli di Malaysia banyak dilakukan dan ianya banyak menimbulkan masalah pencerobohan dan aktiviti haram yang sukar dikawal. Dengan aktiviti pengambilan hasil gaharu dari hutan asli yang berleluasa maka adalah dikhuatiri spesies pokok berkenaan akan pupus dari hutan asli jika langkah-langkah pencegahan dan altenatif lain tidak dilakukan segera.

Penubuhan ladang hutan karas adalah satu altenatif yang baik dan positif memandangkan pokok karas sesuai hidup di negara ini dan dari pengalaman-pengalaman negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Myanmar terdapat teknik penghasilan gaharu dari pokok karas ini dengan kaedah inokulasi.

Penanaman pokok karas boleh dilaksanakan dalam skala kecil atau ladang yang luas. Boleh ditanam disekeliling pagar sebagai percubaan. Boleh juga ditanam sebagai pokok landskap disekitar rumah. Pemilik rumah burung juga digalakkan untuk menanam pokok gaharu disekitar rumah burung. Projek dua dalam satu. Gabungan projek burung walit dan juga gaharu.

Posted on 26 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: