Meninjau pasaran sarang burung walit di Guangzhou.


Tuesday, April 20, 2010

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said mengetuai sekumpulan 177 orang usahawan dan ahli perniagaan negeri itu ke Guangzhou, China kelmarin dalam usaha menarik pelaburan dari bandar raya itu.

Ahmad Said berkata, semasa di sana, beliau akan bertemu dengan gabenor Guangzhou (dulu dikenali dengan Canton) untuk berbincang mengenai beberapa perkara terutama untuk menarik pelabur serta peluang-peluang perniagaan dua hala.

“Saya akan bincang beberapa perkara dari segi pelaburan, perkilangan supaya mereka datang ke Terengganu manakala peniaga kita juga boleh mencari sesuatu produk di sana untuk dibawa masuk ke Terengganu.
Begitu juga dengan produk kita untuk dipasarkan di sana,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sebelum berlepas ke Guangzhou untuk lawatan lima hari.

Setiausaha kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah adalah antara beberapa pegawai kanan kerajaan yang turut serta dalam rombongan yang diatur Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu itu.

Ahmad Said berkata, lawatan rombongan dari Terengganu itu adalah bertepatan kerana pada masa yang sama satu ekspo perdagangan sedang berlangsung di Guangzhou.

Sementara itu Naib Presiden Dewan Perniagaan Cina Terengganu, Low Wan Cheong ketika ditemui berkata, turut dibawa dalam rombongan berkenaan ialah pengusaha industri burung walit yang akan mengadakan perjumpaan dengan pengedar sarang burung itu di sana.

“Kita adakan pertemuan di sana dengan mengadakan dialog bagi mengembangkan industri itu kerana kita mahu jadikan Terengganu sebagai pangkalan bekalan sarang burung walit yang bermutu tinggi di dunia,” katanya.

Menurut beliau, sehingga kini Terengganu mengeksport kira-kira 100 kilogram sarang burung walit sebulan ke Guangzhou dengan harga RM25,000 sekilogram.

Catatan Penulis:

Semasa kunjungan penulis ke Guangzhou pada 19 – 23 Disember lalu juga membuat tinjauan untuk melihat pasaran sarang burung walit disana, Namun mengecewakan kerana penulis gagal bertemu dengan peniaga disana. Jika kita tidak ada hubungan dengan orang disana apa yang hendak dilakukan amat sukar sekali. Bukan mudah untuk meneroka pasaran disana jika anda bukan ahli dalam bidang hubungan perniagaan disana.

Penulis percaya bahawa pasaran tetap ada disana, tetapi biarlah ahlinya yang uruskan. Masing-masing ada bidang tersendiri. Pembudidaya atau pengusaha tumpulah pada usaha mengeluarkan produk sarang burung dari RBW. Pemerosesan dan pemasaran biarlah orang lain yang uruskan.

Posted on 26 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: