Membeli belah di Luo Ho Commercial City dan Lowu Market di Shenzhen


Lawatan ke Shenzhen pada 22 Desember cuacanya dingin. Pusat membeli belah banyak menjual baju sejuk. Namun masih ramai gadis – gadis yang berpakaian mini. Penampilan gadis Shenzhen adalah gambaran kehidupan moden generasi muda China. Shenzhen yang bersempadan dengan Hongkong dan hanya berjarak sekitar 60 kilometer sahaja.

Luo Ho Commercial City adalah pusat membeli belah moden. Terdapat lebih kurang 1000 buah shoplot disini yang menawarkan beraneka jenis barangan. Harga barang-barang disini sangat murah, terutama pakaian, kain baju, beg wanita, alatan eletronik. Jam tangan jenama terkenal seperti Rolex atau Seiko sangat murah. Tidak salah jika dikatakan Shenzhen adalah simbol China Moden.

Tetapi, harus ber hati-hati jika membeli barang-barang elektronik, anda mungkin tertipu dengan barangan palsu. Jika membeli barang-barang elektronik kena tahu kualiti barangnya dan harus pandai tawar menawar. Jangan cepat terliur jika ditawarkan dengan barangan berjenama kerana ia adalah barangan palsu. Shenzhen adalah surga bagi mereka yang suka belanja.

Satu lagi tempat yang sangat terkenal ialah Lowu Market. Disini adalah untuk mereka yang suka berbelanja barang-barang murah (tapi menarik). Lowu Market di Shenzhen secara fizikalnya seperti pusat membeli belah dijalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Barang-barang yang ditawarkan di tempat ini beraneka macam, produk pakaian, beg wanita, barang-barang elektronik buatan China dan lain-lain barangan yang pelik-pelik.

Harga produk-produk tersebut memang sangat murah, khususnya barang elektronik. Untuk produk “iPod”, boleh dibeli dengan haraga RM100 sahaja. Namun demikian, apabila kita belum berpengalaman berbelanja di Lowu Market harus berhati-hati. Tawarlah dengan harga yang paling murah. Sememangnya di Lowu Market sangat unik dan menakjubkan. Selain banyaknya aneka macam barang yang ditawarkan, keahlian kita dalam menawar barang akan menjadi kepuasan tersendiri.

Posted on 25 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: