Dari Guangzhou ke Shen Zhen bandar raya yang hebat

Shen Zhen 22 Disember 2010 hari ketiga jahaniwalit.com berada di Negara China. Pembangunan yang yang hebat pastinya menakjubkan pelancung. Sepanjang jalan dari Guangzhou ke Shen Zhen akan kelihatan bangunan yang tinggi seolah-olah sepajang jalan adalah bandar. tiada langsung suasana perkampongan. Penduduk yang ramai dan bandar yang indah menjadikan China sebuah negara kuasa dunia yang hebat. Kerajaan yang stabil menjadikan China sebuah kuasa ekonomi dunia.

Bandar yang sangat bersih tiada sampah sarap. Rakyat China yang cukup berdisiplin menjadikan bandaraya Guangzhou dan Shen Zhen sangat cantik apa lagi pemandangan waktu malam dengan cahaya  warna-warni yang cukup menarik.. .

Hari kedua  di Guangzhou melawat Xiaodongying Mosque. Mesjid yang dibina lebih 530 tahun yang lalu dijaga dengan baik oleh masyarakat islam di China. Walau pun bilangan orang islam tidak ramai tetapi mesjid ini hidup jemaahnya lima waktu. Sesetengah tempat di Malaysia mesjid yang semua penduduknya islam tetapi jemaahnya tidak hidup lima waktu..

Pagi tadi saya singgah mengziarahi maqam Sahabat Nabi Muhamad SAW. Saad bin Abi Waqqas yang terletak di Jiefangbei Road berhadapan dengan Yuexiu Park. Ia merupakan tempat yang popular kepada pelawat islam..

Sesampainya saya dimakam tersebut dari jauh bau wangian yang semerbak. Seorang sahabat bertanya bau apa yang semerbak itu. Saya memberitau mereka itulah bau yang saya beritahu dalam bas tadi. Bau dari kayu gaharu yang dikatakan merentasi sempadan hidup dan mati. Dalam bas tadi saya ceritakan kepada kawan-kawan tentang pasaran kayu gaharu. .

Walau pun negara China bukan negara Islam mesjid dan kubur sahabat nabi ini dijaga dengan baik. Disini banya restoran islam. Bagi pengunjung yang beragama islam makan minum tidak menjadi masalah disini..

Shen Zhen 11.00 malam dari Shanshui Trends Hotel.

Posted on 21 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: