Penemuan yang menakjubkan. Penghuni banglow tinggal bersama burung walit


Saya bersama Nik Zulkifli, Hj Johan dan seorang usahawan berjaya dikenali sebagai En Din membuat tinjauan di Projek Asrama Anak-Anak Yatim MAIDAM di Kampong Mengabang Kapal Batu Rakit, Kuala Terengganu. Tapak asrama seluas 3 ekar ini di khairatkan oleh En Din untuk dijadikan asrama anak-anak yatim. Projek ini dibangunkan oleh MAIDAM Terengganu.

Bersebelahan projek ini terdapat sebuah rumah burung walit yang dibangunkan oleh En Din sejak 4 tahun yang lalu. Walaubagaimana pun menurut En Din rumah burung tersebut tidak beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu kerana menurut beliau ianya tidak dikunjungi oleh burung walit.

Malah rumah burung yang berukuran 20 kaki X 100 kaki dengan ketinggian 4 tingkat itu tidak terdapat pintu masuk. Kegagalan tersebut menyebabkan En Din telah memasang konkrit pada pintu masuk. Alangkah baiknya jika projek ini diuruskan semula dan sebahagian hasilnya tinti bolehlah di khairatkan untuk anak-anak yatim. Alangkah untungnya tuan punya rumah burung tersebut.

Selepas itu kami meninjau disuatu kawasan perumahan yang tidak jauh daripada kawasan tersebut.
Apa yang mengejutkan ialah terdapat sebuah bunglow satu tingkat dimana diruang bumbungnya terdapat burung walit keluar masuk (Bulatan kuning foto dibawah). Saya sempat bertanya kepada penghuni bunglow tersebut adakah projek walit diatas bumbung rumah itu berjaya. Alhamdulillah kata dia dapat memungut hasil sekitar 1kg sebulan.

Posted on 18 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: