Sidang DUN Terengganu dimaklumkan bahawa Terengganu Sedia RM13.3 Juta Bantu Pengusaha Burung Walit

Kerajaan negeri Terengganu mengeluarkan dana sebanyak RM13.3 juta bagi membantu seramai 63 pengusaha burung walit di negeri ini sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri (gambar kiri) , Asha’ari Idris berkata, dana tersebut disediakan dalam bentuk pinjaman bercagar yang diuruskan oleh Agro Bank. “Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha membangunkan perusahaan burung walit dan untuk itu kita menyediakan pinjaman tanpa cagaran yang berjumlah RM30,000 ke bawah selain RM1 juta untuk faedah 40 peserta yang mengusahakan industri burung walit itu,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di Kula Terengganu, semalam mengenai usaha kerajaan membantu industri sarang burung walit.

Katanya, kerajaan turut mengatur seminar untuk meningkatkan pengetahuan peserta, selain kemudahan teknikal kepada peserta baru dan pengusaha yang pernah gagal.

Asha’ari berkata, kerajaan negeri belum berhasrat untuk mengikuti jejak langkah Indonesia yang membangunkan perusahaan burung walit ini secara komersil.

Berita Sebelum ini.

Tuesday, April 20, 2010 Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said mengetuai sekumpulan 177 orang usahawan dan ahli perniagaan negeri itu ke Guangzhou, China kelmarin dalam usaha menarik pelaburan dari bandar raya itu.

Ahmad Said berkata, semasa di sana, beliau akan bertemu dengan gabenor Guangzhou (dulu dikenali dengan Canton) untuk berbincang mengenai beberapa perkara terutama untuk menarik pelabur serta peluang-peluang perniagaan dua hala.

“Saya akan bincang beberapa perkara dari segi pelaburan, perkilangan supaya mereka datang ke Terengganu manakala peniaga kita juga boleh mencari sesuatu produk di sana untuk dibawa masuk ke Terengganu.
Begitu juga dengan produk kita untuk dipasarkan di sana,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sebelum berlepas ke Guangzhou untuk lawatan lima hari.

Setiausaha kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah adalah antara beberapa pegawai kanan kerajaan yang turut serta dalam rombongan yang diatur Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu itu.

Ahmad Said berkata, lawatan rombongan dari Terengganu itu adalah bertepatan kerana pada masa yang sama satu ekspo perdagangan sedang berlangsung di Guangzhou.

Sementara itu Naib Presiden Dewan Perniagaan Cina Terengganu, Low Wan Cheong ketika ditemui berkata, turut dibawa dalam rombongan berkenaan ialah pengusaha industri burung walit yang akan mengadakan perjumpaan dengan pengedar sarang burung itu di sana.

“Kita adakan pertemuan di sana dengan mengadakan dialog bagi mengembangkan industri itu kerana kita mahu jadikan Terengganu sebagai pangkalan bekalan sarang burung walit yang bermutu tinggi di dunia,” katanya.

Menurut beliau, sehingga kini Terengganu mengeksport kira-kira 100 kilogram sarang burung walit sebulan ke Guangzhou dengan harga RM25,000 sekilogram

Berita Sebelum ini

Pelabur dari China dijangka membuat pelaburan sehingga RM50 juta dengan membina sarang-sarang burung walit di beberapa tempat di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, mereka yang terlibat dalam industri itu mengetahui sarang burung walit dari negeri ini mempunyai kualiti yang tinggi kerana burung walit di Terengganu masih baru dan belum tercemar.

Sehingga ini, setiap bulan kira-kira 100 kilogram sarang burung walit telah dieksport ke Cina dengan harga boleh mencecah RM25,000 sekilogram.

“Sehingga ini kita belum pasti di mana mereka akan membina sarang-sarang burung berkenaan, terpulang kepada mereka untuk membuat kajian di mana tempat-tempat yang sesuai,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) di Kemaman semalam.

Catitan:
Jahaniwalit.com akan melawat Guangzhou pada 19 – 24 Disember 2010 untuk meninjau pasaran sarang burung walit disana. Dalam tempuh itu blog ini tidak dapat dikemaskini. Harap maklum.

Posted on 17 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: