Adakah benar 70 Peratus Pengusaha Rumah Burung Walit Di Terengganu Berakhir Kegagalan ?


“70 Peratus Pengusaha Rumah Burung Walit Di Terengganu Berakhir Kegagalan “ . Mengapa ?….

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mendapati lebih 70 peratus pengusaha rumah burung walit di negeri ini berakhir dengan kegagalan. Bekas Pengarah JPV negeri Dr Azizol Mohd Sharun berkata di Terengganu terdapat kira-kira 300 buah rumah burung walit yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Rumah burung ini telah ditutup 4 tahun yang lalu kerana gagal. “Rumah burung walit yang gagal kebanyakannya disebabkan kelemahan dari segi pengurusan,” katanya selepas melawat salah satu projek rumah walit yang gagal di Kampung Mengabang Telipot, Batu Rakit semalam. Katanya kos paling rendah untuk membina rumah burung walit ialah RM100,000 dan kebanyakannya dimiliki orang perseorangan.

Kos bangunan setinggi empat tingkat yang dilawati hari ini menelan belanja lebih kurang RM500,000, yang dibina kira-kira tiga tahun lalu. Dr Azizol berkata projek itu dikira gagal kerana burung tidak masuk sejak ia dibina hingga kini memandangkan bangunan itu tidak mempunyai kemudahan sebagai rumah burung walit seperti perakam suara burung dan elektrik.

Beliau berkata ia amat merugikan kerana industri burung walit terbukti mampu memberi pulangan lumayan jika dilaksanakan dengan betul. “Dalam erti kata yang lain, kerajaan mahu seramai mungkin melibatkan diri dalam industri bernilai tinggi itu,” katanya.

Bagaimana pun, katanya JPV akan melihat perkara itu dan akan cuba mengatasinya supaya industri burung walit terus berkembang di Terengganu.

(Thursday, June 17, 2010)

Hari ini Ahlamdulillah ada juga jabatan kerajaan yang ambil cakna berkaitan dengan industri burung walit ini. Lima tahun dahulu saya pernah cadangkan kepada kerajaan Terengganu untuk menjadikan projek burung walit ini sebagai pilot projek untuk membasmi kemiskinan (PPRT). Saya juga cadangkan agar sebuah rumah burung walit yang bernilai RM200K dibangunkan dalam setiap DUN di Terengganu. (Terengganu mempunyai 32 DUN). Projek ini boleh didirikan diatas tanah kerajaan dan dijaga oleh Pegawai Daerah serta dibantu oleh Jabatan Veterina. Namun ianya tidak mendapat sokongan. Begitulah negatifnya pandangan pegawai kerajaan ketika itu. Tetapi hari ini segalanya dah berubah. Setiap pegawai kerajaan yang saya temui menyatakan sokongan cadangan saya dahulu.

Posted on 16 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: