Buatlah keputusan yang tepat untuk membudidaya walit dengan bimbingan mentor anda.


Seorang pesara kerajaan kini bergiat cergas dalam industri pembinaan bertanya berkaitan industri walit. Saya katakan kepada beliau bahawa untuk menjadi pembudidaya walit tidaklah sukar. Apa yang perlu adalah keputusan yang berani.

Untuk menjadi pembudidaya walit walit anda perlukan sebuah bangunan. Tak kisahlah sama ada bangunan baru yang dibina khusus untuk rumah burung walit atau bangunan yang sedia ada untuk tujuan lain sebelum ini. Mungkin ia adalah sebuah rumah kedai mahupun rumah kediaman ianya boleh diubah suai untuk perusaan burung walit. Yang penting lokasi bangunan tersebut berada dikawasan yang dilalui oleh burung walit semasa burung-burung walit keluar mencari dipagi hari atau semasa kembali dipetang hari. Jika lokasi tersebut dihunian atau dikawasan perburuan (tempat mencari makan) adalah lebih baik.

Anda jangan risau untuk mendapat khidmat nasihat kerana rakan niaga jahaniwalit.com seperti “Adnic Bird Nest Entrepreneur” sedia membantu anda. Sudah ramai yang kami tolong dan berjaya merealisasi impian masing-masing. Kami juga bersedia membaik pulih rumah walit yang gagal. Anda bolehlah menghubungi saya atau saudara Nik Zulkifli.

Bangunan untuk membudidaya walit mestilah mempunyai suhu yang sesuai pada kadar 26 – 28C dan mempunyai kelembapan relatif 80 – 95% . Bangunan perlu diubahsuai agar ia menjadi suasana yang lebih gelap sekadar remang-remang cahaya bulan. Atau pun kecerahan cahaya sebatang lilin. Bangunan tersebut perlu diubah suai menjadikan ia suasana seperti gua. Itulah secara prinsipnya mengubahsuai bangunan untuk dijadikan rumah burung walit.

Ventilasi bangunan juga perlu disediakan bagi pengedaran udara untuk bekalan oksijen yang mencukupi. Perbagai kaedah yang digunakan untuk tujuan ventilasi ini. PVC pipe yang berbentuk bentuk “L” selalu digunakan suatu ketika dahulu . Jarak anta satu lubang ventilasi bergantung kepada saiz bangunan. Ventilasi tidak semestinya menggunakan pipe. Bata simen juga boleh digunakan untuk tujuan ventilasi ini.

Pemasangan audio sistem adalah suatu kewajipan untuk suara memanggil diluar dan suara populasi diluar. Buatlah keputusan yang tepat. Jangan hanya mendengar cakap-cakap dikedai kopi untuk membuat keputusan hubungi mentor anda untuk membantu.

Posted on 13 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: