Nilai seekor tokek mencecah jutaan ringgit, benar atau ilusi?. Beranikah anda menternak tokek dalam rumah walit?.


Realiti atau ilusi konongnya seorang pemburu tokek sekelip mata telah menjadi jutawan . Hasil buruan dibeli orang dengan harga RM3.8 juta. Dikhabarkan kepada saya seorang pembeli dari Negara China telah datang untuk urusan jual beli. Kabarnya lagi urusniaga tersebut berlaku di Kemaman Terengganu. Namun begitu bayaran dilunaskan 50% sahaja sebagai pendahuluan manakala bakinya dilunaskan secara online dari China.

Jika benar seperti perkhabaran yang disampaikan kepada saya itu ramailah yang bakal menjadi jutawan tokek nanti. Cicak jenis toket ini banyak ditemui dihutan tropikal atau digua-gua persisiran pantai dan pulau-pulau di Malaysia.

Apa yang menjadi kemuskilannya ialah pembeli hanya mahu membeli cicak tokek yang beratnya lebih dari 300 gm dan hidup ketika urusniaga. Pembeli hanya mahu mengambil organ dalamannya sahaja.

Malangnya kebanyakkan tokek yang dapat ditangkap kurang dari 200 gm. Maka ia terpaksa diternak terlebih dahulu. Menternak tokek bukan pekerjaan yang mudah. Tokek yang ditempatkan didalam sangkar akan mati beberapa hari kemudian. Ini yang membuat pemburu tidak lena tidur kadang-kadang akan menjadi sasau terkenangkan tokek yang telah mati. Angan-angan untuk menjadi jutawan tidak kecapaian.

Dikhabarkan juga suatu ketika dahulu pembudidaya walit akan mempunyai masalah yang besar bila rumah burung walit dimasuki tokek ini. Ini kerana tokek akan memakan telor burung dan anak burung. Maka jika benarlah seperti mana yang diceritakan, seekor tokek mempunyai nilai jutaan ringgit maka ia adalah peluang keemasan kepada pengusaha walit. Tokek bukan lagi musuh yang menjadi masalah. Sebaliknya rezeki yang membawa keuntungan. Lebih baik ternak burung walit untuk makanan tokek daripada menjual sarang burung walit.

Jika tokek sukar hidup dalam sangkar lepaskan sahaja dalam rumah burung walit. Bila besar dan cukup beratnya baru tangkap dan panggil pembelinya. Namun begitu apakah anda berani dan bersedia untuk menternak tokek dalam rumah burung walit anda?. Apa kata khabar nilai tokek tadi berjuta ringgit hanya ilusi dan khabar angin sahaja. Realitinya tidak berlalu. Biasalah orang kita suka berilusi kadang kadang tidak berpijak dibumi nyata.

Samalah juga khabarnya skim pelaburan rumah burung walit yang menjanjikan pulangan dalam tempuh 6 bulan . Malangnya kawan saya yang melabur RM100K, hingga kehari ini selepas 3 tahun tak dengar khabar berita lagi dividen pelaburannya. Wallahualam.

Advertisements

Posted on 12 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: