Peralatan atau suara yang berkualiti mana yang lebih penting untuk memanggil walit.


Secara tradisinya suara memanggil walit datang dari sistem audio yang digunakan. Sejak dahulu lagi walit yang dioperasikan dengan menggunakan Tape Recorder. Rakaman suara dibuat nenggunakan tape recorder dalam habitat asal burung walit. Rakaman yang dibuat ini selalunya tidak bersih dan terdapat ganguan. Namun pengusaha ketika itu tiada pilihan.

Zaman era teknologi ICT kaedah audio pemanggil walit juga telah berubah teknologi tape recorder tidak digunakan lagi sebaliknya pengusaha atau pembudidaya burung walit menggunakan CD Player. Malah pada hari ini ramai pembudidaya walit telah menggunakan USB Flashdisk (MP3 Mini Player),

Tape Recorder (kaset) menghasilkan suara yang kurang bersih karena suara masih diproses secara analog, selain itu kaset lebih mudah mengalami masalah yaitu kusutnya pita. Penggunaan CD Player lebih baik dari penggunaan kaset, tetapi media tersebut juga terdapat kelemahannya kerana suara pemanggil walit akan mengalami perubahan dan ganguan bila piring CD terjadi goresan akibat berlakunya pemutaran dalam waktu agak lama. Ini terjadi pada CD atau pun pada optik player CD tersebut. Selain daripada itu dengan Tape Recorder atau CD Player, Kita memerlukan peralatan tambahan seperti timer untuk mengawal suara. Penggunaan USB Flashdisk (MP3 Mini Player) lebih terjamin dan selamat daripada masalah yang disebutkan diatas. Namun begitu pada masa kini terdapat banyak gajet baru diperkenalkan dengan teknologi terkini bagi mengantikan kaedah traditional. Tentunya yang lebih baik, jadi anda tidak perlu risau tentangnya.

Apa yang lebih penting bukan peralatan yang digunakan tetapi penggunaan suara pemanggil walit yang bagus dan jitu. Suara yang bagus tidak hanya mampu memanggil walit untuk datang kerumah burung tetapi juga mampu mengumpulkan koloninya untuk bergabung. Suara yang bagus tidak perlu meninggikan volume suara untuk menarik perhatian ribuan burung untuk datang. Oleh itu pembudidaya walit harus faham bahawa penggunaan suara tidak seharusnya tinggi dan kuat tetapi berkualiti.

Dengan mengunakan suara walit yang berkualiti memungkinkan populasi walit walet lebih cepat berkembang sehingga koloni walit menginap di rumah walit tersebut. Oh ya terlupa pulak nak cerita bahawa suara walit terbahagi kepada dua jenis ia itu suara untuk memanggil walit yang biasanya di letakan di lubang masuk rumah walit (Suara luar) dan suara menginap yang biasanya di letakan di dalam rumah walit (suara dalam).

Posted on 9 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: