Tertipu dengan mentor menggunakan suara untuk ujian lokasi sebagai suara luar rumah burung walit yang baru.

Semasa saya dan Nik Zulkifli berkunjung ke rumah Ir. Noor , sekali gus untuk melihat lokasi rumah walit yang dicadangkan. Lokasinya dikawasan perkampungan dan telah terdapat 4 buah rumah walit yang telah dibangunkan. Ir. Mohon supaya Nik membuat ujian lokasi dikawasan tersebut. Namun saya berpendapat ujian lokasi tidak diperlukan lagi, kerana ia merupakan kawasan laluan populasi walit. Lagi pun keadaan pada petang tersebut keadaan hujan sesekali lebat dan kadang-kadang renyai-renyai.

Suara yang digunakan untuk ujian lokasi ini tidak sama dengan suara memanggil. Suara memanggil atau yang dikenali juga dengan suara luar digunakan untuk mempromosikan rumah walit yang baru dibina, ruangan baru dan lubang masuk baru. Suara memanggil ini akan memikat burung walit untuk datang dan masuk ke dalam rumah burung walit.

Dengan menggunakan tweeter (speaker) yang ditempatkan di lubang masuk burung dan menghadap ke arah luar, supaya suara tersebut dapat terdengar oleh burung walit yang sedang melalui, melintas atau berada tidak jauh dari kawasan rumah burung walit. Keberkesanan suara memanggil tersebut dapat dilihat dari reaksi burung walit terhadap suara tersebut. Jika burung walit datang mengerumuni suara tersebut bermakna suara tersebut berkesan.

Teknik inilah yang selalu digunakan untuk membuat ujian lokasi disesuatu kawasan baru dimana belum kedapatan rumah-rumah walit disitu. Namun begitu anda harus berhati-hati kerana suara yang digunakan untuk ujian lokasi ini adalah suara yang dirakam pada kondisi burung berada dalam keadaan stress. Sebab itu ia juga dikenali sebagai suara stress. Suara stress ini tidak boleh digunakan untuk suara luar rumah burung walit. Burung-burung walit yang terperasan dengan suara ini berkelakuan luar biasa seperti semut menghurungi gula. Walit akan datang berpusu-pusu seolah-olah lupa diri. Begitulah kehebatan suara ini. Dengan kehebatan itu kadang-kadang ia juga dipanggil suara raya.

Suatu ketika dahulu terdapat sebuah rumah burung walit yang tidak jauh dari kawasan saya, konsultannya telah memasang suara tersebut dipintu masuk rumah burung yang baru dibinanya. Pemiliknya cukup gembira dengan kehadiran burung begitu ramai mengalahkan rumah burung yang telah lama beroperasi. Bayaran kepada konsultan dijelaskan kesemuanya. Namun selepas sebulan beroperasi pemiliknya menangis tak berlagu kerana tiada pun tompokan najis yang menandakan burung walit telah menginap didalamnya. Tersilap memilih konsultan atau mentor. Oleh itu berhati-hatilah……..

Dalam industri walit faktor yang sangat utama adalah suara walit yang di pakai untuk memanggil atau memancing agar walit masuk dalam rumah yang kita bangunkan. Kebanyakan pengusaha walit sudah faham bahawa suara memainkan peranan yang penting untuk kejayaan sesebuah rumah burung walit.

Advertisements

Posted on 8 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: