Minat untuk menjalankan perniagaan sarang burung walit.


Salam Pak Jahani,

Saya baru sahaja menghabiskan diploma saya di Politeknik Kuching, dan baru balik dari menghadiri kursus asas Usahawan.

Saya berminat untuk menjalankan perniagaan sarang burung walit selepas menghadiri kursus tersebut.. tapi saya langsung tidak mempunyai pengalaman..

Saya mempunyai satu perancangan untuk menjalankan perusahaan menternak burung walit, tetapi tidak tahu tempat untuk menubuhkan rumah burung tersebut sesuai ataupun tidak..

Selain itu , saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan perusahaan ini. Saya budak yang baru beljar, tetapi impian saya ialah membantu orang tua saya dan adik beradik saya yang masih lagi belajar..

Di harap Pak Jahani dapat membantu saya dengan memberi petunjuk di peringkat awal.. Halimatus-Saadiah Zawawi

Minat sahaja tidak cukup kerana untuk menjadi usahawan kita perlukan kesungguhan dan kegigihan. Untuk menjalankan perniagaan sarang burung walit bukan macam berniaga goreng pisang. Untuk menjadi peniaga sarang burung walit kita harus mempunyai kepakaran dan selok belok dalam bidang ini. Gred dan kualiti sarang berbeza. Mengenal jenis sarang juga suatu yang wajib diketahui terlebih dahulu.

Untuk menjadi pengusaha rumah burung walit mungkin lebih mudah. Anda hanya memerlukan tanah untuk dijadikan tapak bangunan dan juga modal. Agro Bank mungkin boleh membantu anda untuk mendapatkan modal. Kemudian carilah mentor yang sesuai untuk membantu anda.

Advertisements

Posted on 8 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: