Hijrah untuk berubah memulakan langkah menjadi usahawan burung walit.


Hari ini 7 Disember umat Islam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah 1432. Biasanya bersempena kedatangan tahun baru Hijri masyarakat Melayu (Islam) akan memasang berbagai niat ingin berubah. Dari jahat menjadi baik, dari baik menjadi bertambah baik dan kuat imannya. Memperbaharui azam untuk berubah dari negatif kepada positif. Berubah kearah kebaikan.

Sesungguhnya di ambang Hijrah ini umat Islam seharus bergembira untuk memasang niat dan azam baru. Menggunakan detik-detik kedatangannya untuk bermahasabah diri. Hari ini merupakan cuti umum di Terengganu. Hari ini juga saudara Nik Zulkifli mengajak saya bertemu dengan dua orang kenalah yang berminat untuk menjadi usahawan walit. Keduanya mempunyai latarbelakang yang berbeza. Hj. Mohamad Nor adalah bekas penjawat awam yang yang telah lama bersara. Seorang lagi adalah jurutera yang masih berkhidmat dengan kerajaan.

Mereka berdua mempuyai minat yang mendalam untuk menjadi usahawan walit. Ini kerana industri Sarang Burung Walit hari ini telah mencetuskan satu lagi fenomena baru. Khususnya di Terengganu. Industri yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain dari bidang-bidang perniagaan yang lain.

Pada tahun 2004, industri sarang burung walit di Malaysia telah diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai penyumbang kepada tukaran mata wang asing bagi Negara ini. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian telah mewujudkan satu Garis Panduan Penternak Burung Walit untuk dilaksanakan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia itu Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Bandar Raya di seluruh negara.

Namun begitu dari segi perlaksanaannya agak sukar ia perlu dijadikan undang-undang kecil PBT berkenaan terlebih dahulu. Lagi pun garis panduan berkenaan tidak memihak kepada rumah-rumah burung walit yang sedia ada dikawasan bandar dan pekan. Bagi saya penguatkuasaan jika hendak dilaksanakan adalah agak sukar. Kecuali kerajaan memang bertegas dan bersedia menerima bantahan dari pengusaha yang terlibat.

Sebagai tambahan, Jabatan Veterina juga mempunyai garis panduan untuk pembiakkan burung walit ini. Sarang burung walit dipercayai kaya dengan kalsium, zat besi, potassium, dan magnesium yang amat berguna kepada kesihatan. Industri burung walit di Malaysia telah menyaksikan lantunan serta lonjakan pertumbuhan dalam tempoh lima tahun ini.

Akan tetapi ianya amat berkurangan di kalangan usahawan bumiputra kerana itulah industri ini disifatkan sebagai industri yang dirahsiakan, ianya telah lama dimonopoli oleh usahawan bukan bumiputra yang melihat potensi kekayaan yang wujud dari bidang ini, mereka sanggup mengeluarkan modal jutaan ringgit untuk dilaburkan.

Pada suatu ketika dahulu orang melayu ada yang mempersoalkan adakah sarang burung walit ini halal dimakan oleh orang islam. Saya sendiri pun meraguinya, maklumlah ia adalah industri turun temurun masyarakat China. Walau bagaimana pun keraguan tersebut terjawab bila saya sendiri berjumpa dengan bekas mufti Terengganu. Almarhum Sahibulsamahah Dato’ Dr. Zubir untuk menayakan hukum memakan sarang burung walit. Almarhum menjelaskan kepada saya bahawa memakan sarang burung walit adalah halal.

Itu yang saya jelaskan kepada mereka berdua. Walau bagaimana pun saya nasihatkan mereka jangan terburu-buru untuk membuat keputusan sebelum menceburkan diri dalam industri ini. Jangan hanya dengar perkara yang positif sahaja. Cabaran juga harus diketahui. Carilah ilmu sebanyak mungkin. Jika kita tidak mampu mendapat ilmu dan kemahiran. Carilah mentor yang benar-benar berkemahiran untuk membantu.

Dinasihatkan juga kepada para usahawan bahawa dibumi ini engkau dilahirkan untuk menagih usaha dan kuderat . Usahawan perlu meroboh segala halangan dalam merealisasikan impian impian semalam. Oleh itu usahawan tidak perlu bermuram durja. Ayuh bersama kita bangun dilangit terbuka dengan mengumpulkan segala tenaga dan semangat yang ada.

Usahawan bukan hamba dibumi sendiri tetapi terlahir antara ketakutan dan keberanian. Antara persoalan dan keinsafan maka setiap cabaran harus diterjah untuk mengecap kejayaan dipundak impian bergengaman erat dengan keazaman. Pasti kejayaan milik mu.

Advertisements

Posted on 7 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: