Berhijrah untuk berubah

Selagi manusia bergelar manusia. Apa lagi manusia melayu sangat sensetif terhadap dua perkataan, “jutawan” dan “wang”. Jutawan dan wang , akan mengubah keadaan manusia, pertama negatif dan kedua positif. Golongan yang negatif pasti beranggapan untuk mendapat kekayaan adalah amat mustahil, dalam erti kata lain, mereka memilih untuk bersikap skeptikal. Berlainan pula bagi yang positif, mereka beranggapan yang jutawan dan wang adalah dua perkara yang sememangnya boleh dicapai dan tidak mustahil.

Itu realitinya yang cuba diterjemahkan oleh seorang usahawan muda bernama Nik Zulkifli Nik Omar membuat keputusan tegas meninggalkan perkhidmatan awam untuk menjadi usahawan. Beliau menubuhkan syarikat yang diberi nama Adnic Bird Nest Entrepreneur yang bergiat cergas dalam membangunkan usahawan burung walit.

Tetapi, apakah yang sebenarnya terjadi kepada sesetengah orang yang berangan-angan menjadi jutawan dan banyak wang, walhal mereka juga percaya yang mereka boleh mendapat kekayaan dan seterusnya memegang status jutawan ?. Tetapi masih tidak berani untuk bertindak pantas hanya punya sedikit ketakutan dan kurang keberanian untuk membuat keputusan tersebut.

Mereka yang bersikap positif ini juga adalah mereka dari gulungan yang mempunyai kemampuan dan usaha. Mereka mampu dari modal, punya wang dan tanah untuk dijanakan bagi merealisasikan impian masing-masing. Namun jika impian tidak diterjemah sebagai wawasan ia akan menjadi angan-angan dan ilusi. Samalah seperti angan-angan dan ilusi mat jening dalam peribahasa melayu.

Maka jawapan dalam persoalan ini mudah. Untuk berjaya dalam sesuatu, seseorang wajib memiliki seorang mentor. Untuk berjaya kita mesti mengikuti jejak-jejak orang berjaya. Begitu juga untuk menjadi usahawan burung walit yang berjaya anda harus mendapat panduan dari mentor yang berjaya . Itulah yang cuba dilakukan oleh saudara Nik Zulkifli dengan menubuhkan Adnic Bird Nest Entrepreneur adalah untuk menjadi mentor kepada usahawan burung walit.

Hayati kata-kata dibawah:

“If you want to get rich, just find someone making lots of money and do what he’s doing. –John Poul Ghetty

Cukup ringkas, namun penuh dengan maknya tersendiri. Jelas.

Jadi, bagaimana untuk jadi kaya? Jawapannya, jumpa seseorang yang berjaya buat duit dengan BANYAK, dan IKUT (step by step) apa yang dilakukan.

Posted on 7 December, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: