Kampong China Kuala Terengganu dan burung walit.


Industri sarang burung walit mungkin tidak asing kepada pengusaha di Sabah dan Sarawak namun kini ia kian mendapat perhatian pengusaha di Semenanjung lebih-lebih lagi apabila nilai jualannya mencatat kira-kira RM1 bilion setahun.

Menyedari peluang yang terbuka luas itu, Terengganu yang merupakan negeri yang mempunyai pantai yang paling panjang di Semenanjung Malaysia itu adalah lubuk emas kepada industri burung walit. Ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Di Terengganu industri rumah burung walit bermula di Kampung China dimana burung-burung walit yang berhijrah dari Pulau Redang menjadikan rumah-rumah kedai dikampung China sebagai tempat persinggahannya. Bila tarikh sebenar ianya bermula tidaklah dapat dipastikan. Adalah dipercayai ianya bermula lebih dari dua puluh tahun yang lalu.

Kampong China Kuala Terengganu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dalam hikayat pelayaran Abdullah Mushi tercatat sejarah kampung China.Kampung China terletak dipusat bandar Kuala Terengganu adalah warisan sejarah yang yang mendapat pembiayaan World’s Monuments Fund (WMF) has awarded USD50, 000 grant to Badan Warisan Malaysia (the Malaysia’s Heritage Trust).

Menurut Munshi Abdullah ( 1836 ), kampung China telah pun wujud. Pada zaman dahulu rumah-rumah kedai yang terdapat disini kebanyakannya mengadap kesungai kerana pada ketika itu pengangkutan utama adalah sungai.
Apapun sejarah akan tetap dikenang sebagai warisan sejarah. Namun begitu bagi peminat industri burung walit ia mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Hari ini rumah kedai dikampung China tidak lagi berada diatas air seperti mana dahulu kerana dibelakangnya telah ditebusguna menjadi daratan untuk industri pelancungan. Dibelakangnya telah dibina sistem peparitan yang besar. Bagunan Kampung China tetap dengan pemandangan yang berbeza dari dahulu kerana hampir 95% deretan rumah kedai dahulu telah digunakan untuk membudidaya burung walit.

Hari ini pada bahagian belakang telah pun dijadikan laluan kenderaan untuk menuju ke pasar payang. Bagunan Kampung China tetap dengan pemandangan yang berbeza dari dahulu .

Dari kampong China pembangunan rumah burung walit telah berkembang dan merebak keseluruh negeri Terengganu. Tidak mustahil suatu masa nanti akan muncul sebagai negeri utama pengeluaran burung walit di Malaysia.

Posted on 16 November, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: