Hidangan kontemporari sarang burung walit.


Kasiat sarang walit gua dan sarang walit dari RBW tiada perbezaan kerana semuanya hidupan liar dan punca pemakananya sama. Namun begitu sarang burung gua warnanya hitam kerana terdapat bulu dan selepas dibersihkan ianya bewarna kekuningan. Sedangkan sarang burung dari rumah burung walit (RBW) ianya putih bersih seumpama lilin.

Khasiat sarang burung walit terbukti sejak berzaman dan pelbagai catatan membuktikan ia mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, mernbersihkan darah serta memulihkan tenaga se¬lepas demam.

Selain itu, sarang burung walit memberi manfaat seperti mencerahkan kulit bagi menyerikan wajah, memulihkan kesihatan penghidap asma, menambah daya tahan tubuh, melancarkan peredaran da¬rah, sekali gus meningkatkan kekuatan jantung, dan berfungsi sebagai makanan tambahan bagi melambatkan proses penuaan.

Jika dulu sarang burung walit hanya disajikan sebagai sup, ia telah dipelbagaikan hingga ia mampu dihidangkan bersama jus, puding dan yogurt. Pendek kata ia boleh disediakan mengikut selera masing-masing.

Sajian klasik ialah dengan sajian stew gula batu sarang burung, stew sirap ginkoes sarang burung, stew kurma sarang burung dan stew ginseng sarang burung.Satu lagi kategori resipi dipanggil Kontemporari dengan bentuk sajian yang dipermodenkan iaitu puding longan dan sarang burung, tat telur bersama sa¬rang burung, jus yogurt sarang burung, air soya sarang burung, stew susu segar sarang burung dan jus pisang sarang burung.

Sajian resipi Klasik berbeza berbanding Kontemporari kerana ia disediakan secara masakan panas, manakala Kontemporari pula disajikan sejuk.

Posted on 15 November, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: