Gembira bertemu dan berbincang dengan Dato’ Tok Teng Sai, Yang Di Pertua Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia.

Semalam saya sempat berbual dengan Dato’ Tok Teng Sai, Yang Di Pertua Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia.
Menurut beliau sejak kerajaan mengalakkan pembangunan industri burung walit telah ramai bumiputera yang telah mula berkecimpun dalam industri ini. Di Terengganu telah ramai orang-orang melayu yang membina rumah burung walit di kampong-kampong sama ada secara persendirian atau perkongsian dengan masyarakat Cina. Ini merupakan suatu perkembangan yang sangat baik katanya.

Dahulu tidak ramai bumiputera yang terlibat dalam industri burung walit. Terdapat lebih dari 50,000 premis yang diusahakan dengan industri burung walit mengikut statistik tahun 2005. Daripada jumalah itu tidak sampai 10% yang melibatkan kaum bumiputera di seluruh negara. Industri burung walit adalah rahsia perniagaan kaum Cina. Sebab itu ia lebih dikenali sebagai rahsia rumah gelap.

Usaha untuk menarik penyertaan kaum bumipuera sedang giat dilaksanakan oleh perbagai pihak termasuk agensi kerajaan seperti Jabatan Veterina dan NGO. Jika dahulu hanya konsultan yang melihat peluang keemasan demi meraih keuntungan dengan menganjurkan seminar , kursus dan sebagainya. Tetapi hari ini jabatan kerajaan seperti Jabatan Veterinar dan koperasi juga mula terlibat dalam industi ini.

Sehubungan dengan cadangan kerajaan melalui gagasan 1 Malaysia, Rakyat diutamakan. Pencapaian didalukan untuk memperkenalkan model ekonomi baru. Penyediaan buget untuk meningkatkan industri asas tani disambut baik oleh mereka. Bagaimana strategi untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam industri burung walit ini. Pendekatan yang dilaksanakan hendaklah smart. Ini penting untuk mendatangkan impak yang besar kepada ekonomi bumiputera. Kerajaan harus membantu melalui berbagai cara melalui pendedahan ilmu, modal dan juga bimbingan dari espek teknikal. Yang lebih penting adalah pemasaran agar pengusaha tidak dimanipulasikan oleh orang tengah.

Jabatan seharusnya membuat bancian dan mendaftarkan pengusaha bumiputera yang telah terlibat dalam industri ini. Bumiputera yang telah mempunyai rumah burung adalah mereka yang telah memiliki pengetahuan dan pengalaman. Mungkin mereka ini tidak mempunyai modal yang cukup. Jadi mereka ini perlu dibantu untuk membesarkan RBW yang ada. Bantuan boleh diberi dalam bentuk pinjaman mudah atau dalam bentuk geran . Jabatan juga boleh bekerjasama dengan AGRO Bank mengenalpasti usahawan yang berpotensi untuk menceburi dalam bidang sarang burung walit dan membimbing mereka melalui khidmat teknikal dan pinjaman mudah AGRO Bank. Saya percara perkara ini telah dan giat dilaksanakan oleh jabatan dan agensi yang terbabit.

Terdapat juga cadangan supaya pengusaha bumiputera berkongsi dengan beberapa orang bagi mengupul modal untuk melabur dalam industri berkenaan. Konsep ini sememangnya telah dilaksanakan oleh bangsa lain. “Lebih baik buat kek besar dan makan beramai-ramai daripada kita buat kek kecil lepas itu kita makan seorang diri”. Adalah lebih bijak bina rumah burung mengikut kehendak burung dari mengikut kehendak diri kita.

Advertisements

Posted on 4 November, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: