Terengganu hub utama industri burung walit di Malaysia


Pada bulan April yang lalu Kerajaan Negeri telah mengumumkan untuk menjadikan negeri ini sebagai salah satu hab industri sarang burung walit di Malaysia. Justeru itu langkah yang wajar telah dilaksanakan di Terengganu untuk tujuan tersebut. Difahamkan bahawa kerajaan telah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Anugerah tuhan kepada Terengganu merupakan negaeri yang mempunyai persisir air yang panjang hampir seluruh negeri. Hampir semua pulau-pulau yang terdapat di negeri ini merupakan habitat semula jadi burung walit. Sejak ratusan tahun yang lalu burung walit telah menjadikan gua-gua di Pulau Redang sebagai kawasan huniannya. Pemungutan sarang burung walit dari gua-gua di Pulau Redang telah dijadikan hasil produk perhutanan sejak tahun 60’an lagi Negeri Terengganu.

Di Negeri Terengganu, sejak dahulu lagi aktiviti pengambilan sarang burung walit hanya tertumpu di Pulau Redang , Pulau Tenggol Dungun , di mana aktiviti ini dijalankan secara konvensional iaitu pemetikan sarang secara semula jadi di dalam gua-gua yang terdapat di pulau-pulau tersebut. Kerajaan melalui Jabatan Perhutanan Negeri telah menjalankan aktiviti pemungutan sarang burung ini secara tender terbuka.

Di bandar-bandar utama di Terengganu, bangunan-bangunan yang menjadi tempat burung walit membiak dapat dilihat di sekitar Kampung China di Kuala Terengganu, Kuala Dungun di Dungun dan Bandar Chukai di Kemaman, Jertih dan Kuasa Besut. Begitu juga bandar dibawah tasik ia itu Kuala Berang juga terdapat banyak rumah-rumah untuk burung walit dibangunkan.

Justeru itu adalah tidak dapat dinafikan lagi bahawa Terengganu amat sesuai untuk menjadi hub industri burung walit. Industri yang berpotensi besar ini harus diberi sokongan sewajarnya oleh kerajaan bagi menarik pelabur dalam industri ini. Selain daripada mengenal pasti tanah atau tapak yang sesuai sama ada tanah kerajaan atau tanah milik, kerajaan juga harus mengambil langkah-langkah tertentu yang perlu dilaksanakan bagi mengawal industri ini daripada memberi permasalahan sekiranya tidak dikawal di peringkat awal lagi.

Sarang burung walit dibentuk dari ‘saliva’ (air liur) burung walit. Sarang walit juga merupakan salah satu makanan tradisi kaum Cina. lanya merupakan makanan
yang berkhasiat serta mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Antara khasiat yang diperolehi adalah memperbaiki sistem pernafasan terutamanya paru-paru, sebagai awet muda, menghaluskan kulit dan banyak lagi.

Posted on 30 October, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: