Cadangan perusahaan burung walit untuk diberi lesen oleh pihak berkuasa.


Apa yang pihak berkuasa akan lakukan sekiranya industri burung walit dilesenkan dibawah Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah, Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya. Perkara pertama yang wajib ialah penguatkuasaan. Kelemahan dalam penguatkuasaan pastinya peraturan yang ditetapkan dalam perlesenan tidak bererti lagi. Di Malaysia keupayaan penguatkuasaan adalah diragukan. Pengaruh pihak-pihak tertentu menyulitkan pegawai penguatkuasa menjalankan tugas. Apa lagi sekiranya pemilik premis RBW tersebut ada kaitan dengan parti pemerintah. Pegawai penguat kuasa tidak dapat bertindak jika tuan punnya premis adalah pembiaya aktiviti parti pihak tertentu. Pegawai penguatkuasa akan berputih mata.

Jika RBW dilesenkan penguatkuasaan perlu dijalankan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali bagi memantau . Pihak penguatkuasa akan menggunakan Laporan Pengesahan Kawalan Operasi Perusahaan. Ia itu prosedur standard PBT akan digunakan semasa proses pembaharuan lesen.

Perkara asas yang diperlukan mengikut prosedur tersebut ialah

a) Penyediaan papan tanda pengenalan di premis.
walit yang mengandungi butiran pengusaha dan nmbor lesen.
b) Kawalan bunyi tertakluk kepada Garis Panduan Amalan Baik Penternakan Burung Walit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
c) Premis hendaklah sentiasa bersih.
d) Premis tidak menimbulkan masalah kacauganggu seperi bau busuk, pembiakan nyamuk, lalat dan Iain-lain serangga.
e) Air tidak boleh betakung di atas lantai atau di dalam apa-apa takungan tanpa kawalan. Hanya alat humidner dibenarkan.
f) Dinding luar bangunan hendaklah sentiasa bersih.
g) Lampu dipasang di luar dinding bangunan.
h) Najis burung (guano) perlu dikumpul dan dikeluarkan daripada premis secara berjadual.
i) Tertakluk dibawah Akta Perusahaan Serangga Pembawa Penyakit 1975 didalam mengawal serangga-serangga pembawa penyakit contohnya nyamuk aedes dalam kawasan premis.
Walaubagaimana pun ia tertakluk pula kepada jabatan atau agensi teknikal yang yang ada kaitan dengan perusahaan burung walit ini seperti.

Pihak Berkuasa Tempatan sendiri samaada pengusaha atau pemilik premis mematuhi laporan kawalan perusahaan.
Jabatan Veterina laporan pematuhan kod Amalan Baik Penternakan Burung Walit.
Jabatan Kesihatan laporan pematuhan aspek kesihatan.
Jabatan Alam Sekitar / PBT aduan bunyi bising.
PBT sendiri laporan keadaan fizikal premis.
Pematuhan kepada kehendak-kehendak jabatan yang terlibat barulah lesen boleh dikeluarkan atau disambung dari tahun ketahun.
Persoalannya bagaimana pihak berkuasa akan mengawal premis-premis burung walit yang berada ditengah-tengah bandar. Apakah ada kemampuan pegawai penguat kuasa untuk memastikan pemilik premis mematuhi peraturan yang ditetapkan. Jika aduan rakyat dan kain rentang dinaikan pihak berkuasa hanya membisu. Premis baru diluar bandar hendak dilesenkan. Bagaimana premis yang telah lama bertapak dibandar akan dilesenkan juga tanpa memastikan peraturan dipatuhi terlebih dahulu.
Pihak berkuasa akan serba salah dilesenkan salah tidak dilesenkan pihak berkuasa tidak mendapat hasil. Bak kata pepatah melayu diluah mati emak ditelah mati bapak.

Posted on 27 October, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: