Mencegah musuh dalam rumah burung walit.

Pengurus bangunan RBW hendaklah mengurus dan mengawal bangunan daripada dicerobuhi oleh tikus, semut,anai-anai, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan helang atau sesewah yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan RBW.

Tikus memakan telur, anak burung walit bahkan sarangnya akan dimakan tikus. Perosak ini juga mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan kondisi rumah walit.

Cara pencegahan tikus dengan menutup semua lubang, tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu yang akan digunakan untuk sarang tikus. Penggunaan racun tikus sangat berkesan. Jika menggunakan racun dalam bentuk biji ia boleh ditaburkan sahaja diatas lantai. Penggunaan perangkap tikus tidak berapa berkesan malah terdapat kes yang terperangkap ialah burung walit.

Burung Hantu dan Helang atau sesewah memakan burung walit. Burung hantu lebih bahaya daripada helang dan sesewah. Burung hantu masuk dalam RBW dan makan induk burung juga anak burung. Pastikan RBW anda tiada tempat burung hantu berehat. Kadang-kadang pemilik tidak sedar burung hantu telah memasuki RBW. Jika nak tahu terdapatnya burung hantu anda terpaksa mengintipnya waktu magrib atau jika didapati bangkai burung mati itu tandanya burung hantu telah memasuki RBW anda. Bangkai walit yang akan anda temui adalah kepala sahaja. Burung hantu biasanya tidak makan kepala burung.

Penjegahannya dengan memasang perangkap elektrik pada lubang masuk. Penggunaan cermin mungkin boleh digunakan tapi kurang berkesan. Jika ada cara tangkap dan pindahkan sahaja burung hantu tersebut dari kawasan anda. Gunakan penembak untuk menghalau burung hantu, helang atau sesewah dari kawasan anda.

Semut api dan semut gatal memakan anak walet dan mengganggu burung walet yang sedang bertelur. Cara pemberantasan dengan memberi umpan agar semut-semut yang ada di luar sarang mengerumuninya. Setelah itu semut disiram dengan air panas.

Advertisements

Posted on 26 October, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: