Aquilaria malaccensis adalah spesis yang sesuai di Malaysia berasaskan sifat semulajadinya dan sesuai dengan iklim.

Kawasan yang sesuai untuk tanaman gaharu ialah Kawasan dataran rendah hingga ke pergunungan pada ketinggian 0 – 750 meter dari paras laut dengan purata taburan hujan kurang dari 2000cm. Suhu yang sesuai adalah antara 27°C hingga 32°C dengan kadar cahaya matahari sebanyak 70%. Kesesuaian tanah adalah jenis lembut dan liat berpasir dengan pH tanah antara 4.0 hingga 6.0.

Aquilaria malaccensis yang ditanam di ladang menggunakan kaedah bahan tanaman dari anak benih yang didapati dari anak liar atau anak benih yang dibiakkan dari tapak semaian. Oleh kerana terlalu sukar untuk mendapatkan anak benih liar dari hutan dengan banyak bagi menampung tanaman ladang.

Anak benih gaharu boleh dibiakkan melalui cara berikut;

Cambahan dari biji benih

Kaedah keratan tunas (propagation by cutting)

Kuntur tisu (tissue culture)

Buah karas dari jenis Aquilaria malaccencis adalah berbentuk kapsul, 3.5 cm hingga 5 cm panjang, ovoid dan berwarna coklat. Kulitnya agak keras dan berbaldu. Mengandungi 3 hingga 4 biji benih bagi setiap buah. Biji benih yang berkualiti amat penting untuk tujuan semaian. Tapak semaian digunakan untuk menjamin bekalan benih tanaman dalam kuantiti yang besar dan berterusan.

Oleh kerana terdapat banyak spesis pokok karas di bawah Genera Aquilaria maka pemilihan spesis yang betul harus dilakukan dengan teliti agar kesilapan spesies tidak berlaku semasa penyediaan bahan tanaman untuk ladang contoh tersebut. Kepakaran dalam bidang berkenaan diperlukan untuk mengenalpasti dan mengesahkan spesies tersebut adalah Aquilaria malaccensis.

Pemilihan spesies Aquilaria malaccensis sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi.

Pengurusan tapak semaian harus dilakukan dengan baik dan teliti dari percambahan anak benih hingga ketahap anak benih sesuai untuk ditanam di ladang iaitu lebih kurang 5 – 6 bulan. Amalan teknologi dari segi hortikultur dan silvilkultur yang baik dalam pengurusan tapak semaian hendaklah dilakukan oleh mereka yang mahir dan professional bagi menjamin pengeluaran anak benih yang bermutu tinggi dan spesies yang betul.

yang ditanam di ladang menggunakan kaedah bahan tanaman dari anak benih yang didapati dari anak liar atau anak benih yang dibiakkan dari tapak semaian. Oleh kerana terlalu sukar untuk mendapatkan anak benih liar dari hutan dengan banyak bagi menampung tanaman ladang.

Anak benih gaharu boleh dibiakkan melalui cara berikut;

Cambahan dari biji benih

Kaedah keratan tunas (propagation by cutting)

Kuntur tisu (tissue culture)

Buah karas dari jenis Aquilaria malaccencis adalah berbentuk kapsul, 3.5 cm hingga 5 cm panjang, ovoid dan berwarna coklat. Kulitnya agak keras dan berbaldu. Mengandungi 3 hingga 4 biji benih bagi setiap buah. Biji benih yang berkualiti amat penting untuk tujuan semaian. Tapak semaian digunakan untuk menjamin bekalan benih tanaman dalam kuantiti yang besar dan berterusan.

Oleh kerana terdapat banyak spesis pokok karas di bawah Genera Aquilaria maka pemilihan spesis yang betul harus dilakukan dengan teliti agar kesilapan spesies tidak berlaku semasa penyediaan bahan tanaman untuk ladang contoh tersebut. Kepakaran dalam bidang berkenaan diperlukan untuk mengenalpasti dan mengesahkan spesies tersebut adalah Aquilaria malaccensis.

Pemilihan spesies Aquilaria malaccensis sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi.

Pengurusan tapak semaian harus dilakukan dengan baik dan teliti dari percambahan anak benih hingga ketahap anak benih sesuai untuk ditanam di ladang iaitu lebih kurang 5 – 6 bulan. Amalan teknologi dari segi hortikultur dan silvilkultur yang baik dalam pengurusan tapak semaian hendaklah dilakukan oleh mereka yang mahir dan professional bagi menjamin pengeluaran anak benih yang bermutu tinggi dan spesies yang betul.

Posted on 4 October, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: