Banyak persoalan berkaitan dengan rumah burung walit.

Apa khabar walit. Banyak dapat hasil ?, Berapa kg sebulan?. Ini adalah pertanyaan yang sering dikemukakan bila bertemu dengan kenalan dimana sahaja. Saya hanya tersenyum tanpa memberi sebarang ulasan. Suatu ketika dahulu pertanyaan dengan penuh sindiran. Ketika itu ramai yang belum mengetahuinya. Hari ini jauh berbeza, kerana ramai yang dah tahu tentang industri walit ini.

Kalau di Terengganu pada saya terlalu banyak RBW yang sedang dibina. Seorang pengusaha lori memberi tahu. Dia bersukur walaupun projek pembangunan kerajaan tidak serancak dahulu. Tetapi projek RBW individu agak rancak juga. Inilah rezeki katanya. Projek RBW tumbuh macam cendawan tumbuh dimusim hujan. Kesedaran baru pada rakyat Terengganu. Apa lagi bila kerajaan sendiri pun mula menunjukkan minat yang mendalam dalam industri ini.

Ada juga yang ragu-ragu ramai sangat yang buat RBW ada pasaran ke nanti. Nanti sarang nak jual dimana. Siapa pembelinya.

Ada juga yang bertanya, benarke dalam banyak-banyak pengusaha rumah burung walit ini hanya 20% – 30 % sahaja yang berjaya ?. Banyak lagi pertanyaan yang kadang-kadang sukar untuk dijawab. Semuanya penuh rahsia, masing cuba menyembunyikan perkara sebenar. Bukan tidak mahu bercerita secara berterus terang tetapi ia adalah rahsia perniagaan kata mereka. Yang sedap ceritanya adalah konsultan yang ingin meraih keuntungan daripada projek konsultansinya. Terkadang ceritanya indah khabar dari rupa. Maklumlah nak cari pelanggan.

Bagi mereka yang sudah membina rumah burung walit. Persoalan yang dikemukakan ialah mengapa RBW belum dihuni oleh walit padahal tiap-tiap petang suara memancing walit mampu menarik begitu banyak walit yang datang. Datangnya pula berpusing disekitar RBW kemudian berlalu pergi. Walit yang cuba masuk hanya beberapa ekor sahaja. Walit yang masuk pula hanya berputar-berputar kemudian keluar dan pergi.

Bagaimana kondisi sebenar RBW. Berapa saiz standard yang patut dibina. Berapa ukuran temprature yang sesuai. Kelembapannya macam mana. Suasana kegelapannya macam mana. Susunan planknya bagaimana, apa materia yang sesuai digunakan. Berapa ukuran lubang masuk. Perlu atau tidak rumah monyet dibina. Bagaimana pula menentukan lubang masuk burung.

Perlu atau tidak suara walit dihidupkan dari pagi hingga ke malam. Adakah suara dalam perlu dibunyikan 24 jam nonstop. Perlu atau tidak disedia kan aroma najis walit. Dimana hendak dapatkan aroma sarang.

Apakah musuh-musuh yang selalu mengangu burung walit. Namun begitu ramai juga yang lupa tentang persoalan undang-undang. Apa yang saya tahu berpuluh ribu RBW yang ada di Malaysia adalah dibina tanpa mendapat keizinan pemerintah. Tiada penguatkuasaan undang-undang menyebabkan ianya tumbuh tanpa kawalan. Apa hasil yang kerajaan dapat ?.

Advertisements

Posted on 31 August, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: