Tertekan bunyi bising- Penqhuni ubah suai kediaman jadi tempat penternakan burung walit – WANAMALIA WAN MOHD DAUD


Sinar harian edisi Timur. 28 Ogos 2010. – Tertekan bunyi bising.

Penqhuni ubah suai kediaman jadi tempat penternakan burung walit – WANAMALIA WAN MOHD DAUD

KUALA TERENGGANU

Penduduk Blok Jelawat dan Kelisa Kondo Rakyat Kua¬la Ibai memohon pihak bertanggungjawab menyelesaikan masalah bunyi bising dan bau busuk najis burung walit sehingga mengganggu ketenteraman penduduk di blok terbabit. Tinjauan Sinar Harian ke kawasan tersebut mendapati, flat tingkat atas kedua-dua blok yang sepatutnya menjadi kediaman penghuni di situ diubahsuai menjadi tempat penternakan burung walit sejak 2008 oleh tuan rumah ter-babit.

Ketua Blok Jelawat, Zakaria Ashaari, 52, berkata, surat aduan sudah dihantar kepada Majlis Bandaraya Kua¬la Terengganu (MBKT) pada November 2008 tetapi tiada sebarang tindakan diambil se¬hingga ke hari ini. “Masalah tersebut diiba-rarkan seperti ‘mencurah air ke daun keladi’ dan aduan penduduk di sini seolah-olah tidak diendahkan walaupun ia melibatkan kepentingan masyarakat terutama peng¬huni di kedua-dua blok ini,” katanya.

Zakaria berkata, masa¬lah tambah meruncing setiap kali waktu senja dan tengah malam berikutan gangguan bunyi bising yang menghantui penduduk di sini sehingga masa santai dan waktu tidur terganggu. ‘Apa yang membimbangkan, apabila masuk sahaja musim tengkujuh iaitu antara November dan Disember bau busuk najis burung wa¬lit semakin kuat kerana cuaca lembap.

“Cuba bayangkan keadaan keluarga yang tinggal di sini terpaksa menutup pintu dan tingkap sepanjang hari bagi mengelakkan bau busuk najis burung walit masuk ke dalam rumah malah ada penduduk yang terpaksa mengehadkan aktiviti harian,” katanya. Penduduk yang mahu dikenal sebagai Mohammad Abdullah, 35, berkata, walaupun perkara ini sudah diberitahu kepada pemiliknya namun kegiatan ini masih diteruskan sehingga menyebabkan penduduk hilang punca untuk mengadu.

“Sebelum ini masalah ini pemah disiarkan di akhbar tempatan tetapi tidak tinda¬kan diambil pihak terbabit. “Saya berharap ada satu pekeliling mengenai pembinaan rumah burung walit di kawasan perumahan agar pemiliknya dapat mengikut syarat yang ditetapkan.” Katanya.

Katanya, selain bunyi bi¬sing suara burung walit, bu¬nyi alat kawalan memanggil burung yang dipasang terlalu kuat juga turut mengganggu penduduk. ‘Alat kawalan bunyi itu sebenarnya boleh diperlahankan oleh pemilik dan saya berharap masalah yang berlaku boleh diselesaikan dengan cara miliknya dapat mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Burung Walit Melayu Tereng¬ganu, Ali Ahmad berkata, sebaik-baiknya rumah burung walit dibina di kawasan lapang kerana jika dibina berdekatan dengan kediaman yang ber-penghuni ke adaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk

Komen penulis.

Betul juga luahan penduduk tersebut. Tajuk yang tertulis tidak tepat ia itu “Penqhuni ubah suai kediaman jadi tempat penternakan burung walit .” Bukan penghuni yang mengubahsuai tetapi pemilik kondo tersebut. Itulah masalahnya bila kondo rakyat yang sepatutnya dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah telah berpindah milik kepada orang kaya yang berada. Apa sahaja mampu dilakukannya. Saya percaya pemiliknya bukan sahaja mempunyai RBW disini tetapi juga ditempat lain. Mungkin juga RBW beliau ditempat lain jauh lebih besar daripada disini.

Terdapat juga komen yang seolah-olah menyalahkan Majlis Bandaraya Kua¬la Terengganu (MBKT) yang tidak mengambil tindakan terhadap RBW tersebut. Perlu diingatkan bahawa MBKT dan PBT yang lain masih belum mempunyai undang-undang kecil untuk menguatkuasakan RBW dikawasan operasi mereka. Akta yang sedia ada tidak dapat dikuatkuasakan kepada industri brung walit dikawasan bandar kerana pengusaha tidak mengubahsuai struktur bangunan untuk tujuan tersebut. Apa yang dilakukan ialah menyusun design dalaman kondo tersebut. Mengubahsuai design dalaman, samalah macam mengatur susunan kedudukan perabut dalam rumah kita. Tak kan itu pun salah juga.

Untuk pengetahuan semua bunyi bising bagi penusaha RBW adalah lagu yang amat merdu macam lagu dari artis terkenal. Tidak ada pula orang komplain tentang bunyi bisingnya kenderaan kereta motor yang yang sentiasa mengaung siang dan malam. Bunyi itu lagi kuat daripada bunyi suara pemanggil walit. Ada undang-undang ke nak kawal bunyi bising ni ?. Pemilik RBW pun satu, masa kutip hasil tu, hulur-hulurlah sedikit pada penduduk disitu. Jika pemilik RBW dapat buat begitu saya percaya penduduk bukan suruh perlahankan bunyi tetapi suruh kuatkan bunyi. Sebab katanya tidak buleh tidur jika tidak terdengar suara kicauan burung walit.

Advertisements

Posted on 28 August, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: