Subhanallah !!! Saintis Buktikan Kiamat Akan Berlaku : Bulan Merekah & Mengecil. Namun kita harus terus berusaha untuk menanam gaharu dan membangunkan rumah walit.

“Bukan bermaksud ada manusia yang tak percaya akan terjadinya kiamat. Semua agama memperakukan akan wujudnya kehidupan lain selepas mati , iaitu alam lain dan kejadian itu dipanggil alam akhirat dengan bermulanya kiamat.Dalam Al Quran dan Hadith , banyak ayat – ayat yang menerangkan ciri – ciri dan tanda – tanda akan berlakunya kiamat.

Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,” Al-Waqiah 1-6.

Hari ini dengan kemajuan teknologi , para saintis berlumba – lumba membuat kajian bukan saja terhad di muka bumi , malah juga di angkasa raya. Mencuba dengan akal yang dikurniakan Allah ,, mencari rahsia alam ini dan akhirnya ditemuinya kewujudan Allah , kekuasaanNya , KebesaranNya dan KeagunganNya.

Antara planet yang sangat diminati manusia ialah bulan , dek kerana kedudukan nya yang paling dekat dengan bumi ini. Mengikut paparan Google rekahan-rekahan pada permukaan bulan menunjukkan ia semakin mengecil. Saintis-saintis percaya bulan akan mengecil apabila keraknya menjadi semakin sejuk seperti sebuah belon yang kehilangan udara.

Sebagai umat islam yang beriman , kita tidak lah sepatutnya bimbang dengan situasi ini , dengan syarat ilmu dan amal mencukupi , tetapi malang kalau – kalau ada yang belum memenuhi segala tuntutan agama sebelum ajal tiba.

Moga – moga dengan tanda – tanda dan syarat – syarat ini ia akan menambahkan lagi ketakwaan dan kepercayaan kepada Allah swt dan hari kiamat serta alam akhirat.

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Rekahan-rekahan pada permukaan bulan menunjukkan ia semakin mengecil, lapor sebuah akhbar semalam. Saintis-saintis percaya bulan akan mengecil apabila keraknya menjadi semakin sejuk seperti sebuah belon yang kehilangan udara.

Penemuan tersebut dilaporkan selepas sebuah kapal angkasa Peninjau Pengorbit Bulan (LRO) merakamkan banyak garisan ganjil yang membentuk rekahan di tanah tinggi bulan. Pakar-pakar percaya rekahan itu terhasil kerana kerak menjadi rapuh ekoran bulan yang kian mengecil.

Mereka juga percaya bahawa rekahan-rekahan tersebut masih baru. Menurut saintis, bulan telah mengecil sebanyak 100 meter sejak 800 juta tahun lalu. – Agensi di dari KOSMO.

Ini bermakna bukan dilarang untuk terus berusaha walaupun dunia akan kiamat. Walaupun esuk akan kiamat, kita disuruh bertanam walaupun sebiji benih. Allah suka manusia yang terus berusaha dan berusaha.

Gaharu dan walit adalah dua industri yang berimpak tinggi pada masa kini. Prospeknya cukup mengiurkan bagi mereka yang bercita-cita tinggi untuk menjadi jutawan. Bila kerajaan sendiri mula melibatkan diri dalam kedua industri yang berimpak tinggi ini ia telah menjadi buah mulut dimana sahaja. Masyarakat perniagaan atau pun rakyat biasa mula memperkatakan tentangnya.

Walit dan Gaharu dirangka untuk diusahakan sebagai antara usaha dan pelaburan jangka panjang yang sesuai untuk kemanpanan ekonomi. Malaysia menjadi penyumbang utama kedua-dua industri untuk bergerak seiringan kerana faktor lokasi dan kedudukan geografi yang sangat sesuai untuk kedua industri ini.

Permintaan tinggi terhadap kedua-dua produk berimpak tinggi ini juga menjadi asset penting untuk diusahakan. Pelaburan jangka panjang dimana hasil optimum bagi kedua-dua industri ini akan boleh dituai pada tahun ke-7. Malah kedua-dua industri ini turut saling bergantung antara satu sama lain dari segi biologi, kimia dan fizikal. Dari segi biologi, serangga yang akan wujud di persekitaran ladang gaharu dan turut berfungsi dalam penghasilan minyak dan resin akan turut menjadi sumber makanan utama kepada walit. Hasil kotoran didalam rumah walit pula menjadi baja asli (baja organik) yang menyuburkan tanaman gaharu malah penggunaan baja organik turut dibuktikan lebih memberi kesan baik terhadap tanaman gaharu berbanding baja kimia buatan. Kawasan persekitaran ladang gaharu akan turut membantu dalam keseimbangan ekosistem dimana habitat baharu boleh diwujudkan dengan persekitaran yang hampir sama dengan habitat asal yang menenangkan.

Kayu Gaharu terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, Chen Xiang bagi masyarakat Cina, Jin-Ko (Jepun), Poa d’aguila (Pertugis), Bais d’angle (Perancis), Kalambak / Chan Krasna (Cambodia), Agarwood (India), Aloeswood(Bible), Oguru (Assamese), Eagleswood (British), Ingkaras / Kaju Alim / Tanduk (Indonesia), Tengala (Brunei), Ahalim (Hebrew), Ghara (New Guinea), Tram Hurong (Vietnam), Mai Kritsana (Thailand), Mai Ketsana (Laos) dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab. Malah sesetengah tempat memangilnya dengan gelaran ” Wood of God” atau “Bridges between man and god”.

Ia juga digunakan oleh masyarakat secara meluas sejak turun-temurun, malah ada yang mengatakan kayu gaharu dari pokok gaharu telah digunakan sejak zaman Firaun sama ada untuk upacara keagamaan atau bahan untuk membuat minyak wangi.

Posted on 22 August, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: