Rangka manusia gergasi adalah gambar tiruan menggunakan perisian komputer, Adobe Photoshop


Pernah didiskusi di group MI. Tetapi beberapa waktu yg lalu pernah dijadikan headline sebuah tabloid utama di sini. Adakah wujud persepsi yg para pembaca Melayu ini orang2nya kurang berpengetahuan hingga kami dihidangkan cerita seperti ini..

Tiada fakta kewujudan gergasi Oleh Nasron Sira Rahim

Manusia pada Tamadun Mesir, kira-kira 5,000 tahun lalu juga dikatakan memiliki saiz seperti manusia masa kini.

DALAM tempoh hampir seminggu, awal April lalu, umat Islam negara ini diselubungi tanda tanya apabila sebuah akhbar tabloid menyiarkan gambar kononnya penemuan rangka manusia gergasi di Arab Saudi.
Selain itu, gambar berkenaan yang menunjukkan dua petugas cari gali di samping rangka besar itu turut diedarkan secara meluas di internet dengan dakwaan ia adalah rangka kaum nabi Hud iaitu kaum Aad.

Rangka itu dikatakan dijumpai di kawasan gurun di negara itu oleh sepasukan ahli cari gali sumber gas bumi. Ramai juga yang mempercayai gambar berkenaan. Bagaimanapun, jawapan bagi misteri gambar itu juga ada di internet apabila satu laman web turut memuatkan gambar sama selain pelbagai lagi gambar yang lebih ‘mengejutkan’ termasuklah gambar rangka manusia sebesar telapak tangan!

Semua gambar itu bukanlah asli sebaliknya koleksi gambar terbaik yang direka dalam pertandingan menghasilkan gambar tiruan menggunakan perisian komputer, Adobe Photoshop.

Meneliti gambar berkenaan mengingatkan kita mengenai antara kisah momok yang sering diceritakan kepada kanak-kanak iaitu gergasi. Bagaimanapun persoalan yang timbul adalah – benarkah gergasi itu
wujud? Kita memang mengetahui ada haiwan yang saiznya lebih besar daripada manusia antaranya ikan paus dan dinosaur tetapi dalam pelbagai kisah berkenaan, gergasi digambarkan sebagai manusia yang tubuhnya besar berpuluh kali ganda daripada manusia biasa.

Malah ada segelintir penceramah atau guru agama menyatakan bahawa umat terdahulu termasuk Nabi Adam AS memiliki saiz tubuh yang besar malah ada yang mengatakan melebihi pohon kelapa manakala usia hayat mereka pula melebihi ratusan tahun.

Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Che Zarrina Sa’ari, berkata memang ada kenyataan seperti itu tetapi tidak dapat dipastikan dan
hanya sekadar teori. “Mengikut kenyataan itu, umat Nabi terdahulu bersaiz besar tetapi ia mengalami peredaran masa menyebabkan berlakunya evolusi saiz tubuh dan ia semakin mengecil sehinggalah sekarang.

“Bagaimanapun, sehingga kini, tidak terdapat penemuan dari sudut sains atau arkeologi yang menyokong kenyataan itu dan ia tidak dapat dipastikan kesahihannya serta kekal sebagai teori,” katanya. Beliau juga tidak dapat memastikan sama ada wujud kitab kuno yang menerangkan kenyataan berkenaan tetapi menjelaskan bahawa fakta berkenaan tidak tertera di dalam al-Quran.

Berbanding individu Asia yang memiliki ketinggian sekitar 1.8 meter dan berat sekitar 100 kilogram, manusia tertinggi seperti direkodkan Guinness World of Records setinggi 2.72 meter manakala manusia paling berat di dunia memiliki keberatan 635 kilogram.

Bagi mencari misteri gergasi di dunia ini, petunjuk yang ada hanyalah penemuan arkeologi mengenai rangka manusia dan sehingga kini, kebanyakan bukti saintifik bersandarkan rangka arkeologi itu menunjukkan manusia terdahulu juga memiliki saiz yang hampir sama manusia masa kini.

Sebagai contoh, fosil tengkorak manusia yang dijumpai di Ethiopia, Afrika pada 1997 dikatakan menyerupai struktur tengkorak manusia pada masa kini walaupun fosil itu dikatakan berusia kira-kira 160,000 tahun
lalu. Begitu juga dengan fosil tengkorak ‘Peking Man’ yang dikatakan berusia antara 300,000 hingga 500,000 tahun yang dijumpai berhampiran Beijing, China pada 1929; saiznya tidak jauh beza dengan manusia biasa.

Malah manusia pada Tamadun Mesir iaitu kira-kira 5,000 tahun lalu juga dikatakan memiliki saiz seperti manusia pada masa kini. Malah mumia Ramses II iaitu Firaun yang menentang Nabi Musa AS dan kini dipamerkan di Royal Mummy Museum di Mesir; dikatakan memiliki saiz badan yang kecil seperti orang Asia, sekitar 1.5 meter tinggi. Suatu fakta menarik mengenai kepelbagaian bangsa di bumi ini adalah mereka memiliki struktur tubuh badan berbeza; seperti penduduk Asia memiliki saiz tubuh yang lebih kecil berbanding masyarakat Barat.

Justeru, mungkinkah manusia bersaiz besar atau gergasi sebenarnya suatu bangsa yang pernah wujud di dunia ini suatu ketika dulu tetapi akhirnya pupus akibat suatu faktor tertentu? Jawapannya masih menjadi
misteri.

– DIPETIK DARIPADA BERITA MINGGU , AHAD (11 JUN 2006)

Advertisements

Posted on 18 August, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: