Arus terbang walit adalah mengikut bloodline/keturunan samada membuat putaran secara clockwise atau anticlockwise berdasarkan arus terbang ini posisi lubang masuk burung ditentukan.

Seorang sahabat dari Kuala Lumpur mengirimkan video sebuah premis yang baru diubahsuai untuk dijadikan rumah burung walit . Khabarnya pengubahsuaian ini mengunakan khidmat kontraktor yang mengaku menjadi konsultan RBW.

Beliau meminta jahaniwalit.com dan Jeff memberi pandangan untuk RBW tersebut. Berikut adalah sebahagian ulasan dan pandangan kami terhadap RBW tersebut.

Saiz lebar rumah monyet ukuran 10’ tidak memberi masalah kepada walit tua/matang malah saiz yang lebih kecil dari itu bagi walit matang mampu maneuver namun memberikan sedikit masalah kepada walit muda yang memerlukan lebih ruang legar untuk berputar sekurang-kurangnya walit muda memerlukan saiz minima 12’ namun ukuran 10’ di anggap masih boleh di terima.

Saiz lubang masuk burung pada “rumah monyet” didapati amat sesuai untuk pemancingan walit pada peringkat permulaan, cuma penentuan lubang masuk burung harus diambil kira.Ia itu lubang masuk burung seharusnya ditentukan setelah melihat arus terbang burung secara tepat. Sesudah dipastikan barulah lokasi lubang masuk burung ditetapkan pada mana-mana bahagian rumah monyet samada pada bahagian depan, belakang atau pada sebelah sisi.

Kami mendapati ramai pemilik RBW menetapkan lubang masuk burung berdasarkan arah melintangi matahari naik/jatuh tujuan mengelak cahaya masuk rbw kaedah ini tidak tepat (memandangkan pemilik tidak dapat menyatakan akan arah terbang burung maka sukarlah kami memastikan akan penempatan lubang masuk burung yang sepatutnya).

Penelitian seterusnya posisi lubang masuk burung pada rumah monyet kelihatan terlalu hampir ke dinding kiri sedangkan kita maklumi putaran walit adalah mengikut bloodline/keturunan samada membuat putaran secara clockwise atau anticlockwise berdasarkan posisi lubang masuk burung tersebut walit berputar secara anticlockwise akan menghadapi masalah untuk masuk.

Berdasarkan video tersebut sebelah kiri yang terdapat pada bahagian lantai bawah RBW menghadapi ke kolam yang bersaiz 10’ X 10’ merupakan lubang antara lantai juga berukuran 10’ X 10’ untuk walet menjunam turun untuk menuju ke nesting room yang disediakan pada sebelah kiri sebagaimana mengikut tanda anak panah, kelihatan terdapat 3 pintu yakni 3 laluan untuk walet lalui sebelum sampai ke ruang nesting room, atas kanan pula telah di tanda sebagai pintu ke 3 merupakan laluan paling jauh untuk walet temui untuk sampai ke nesting room dan melalui pintu ke 3 dapat dilihat didalamnya terdapat 2 pintu dibina yang memisahkan ruang diantara ruang. Terlalu banyak pintu akan menyulitkan walit untuk terbang ke nesting room.

Untuk pengetahuan lantai bahagian bawah sangat disukai oleh walit berikutan kondisi suhu dan kelembapan di lantai bawah kebanyakannya relatif stabil dan pada kebiasaan nya juga di lantai inilah pada awalnya walit mula bersarang, sekatan keatas mana mana bahagian ruangan nesting room adalah dibenarkan ‘namun’ hendaklah dipastikan sebarang sekatan yang dibuat tidak akan menghalang walit bergerak secara berleluasa bebas meneroka kesegenap ruang yang ada dalam erti kata lain bentuk, ukuran dan cara meletakkan sebarang sekatan seharusnya dalam keadaan dan dengan cara yang betul dengan arus putar burung dan sekatan seperti photo diatas ‘amat bersalahan dengan arus putar walit’ malah ianya menyukarkan walit keluar masuk.

Photo disebelah adalah pandangan dalaman rumah monyet diambil dari lantai bawah merupakan ruang lubang antara lantai berukuran 10’ X 10’, dimana ‘A’ ditanda sebagai lubang masuk burung, ‘B’ adalah slab bumbung rumah monyet dan ‘C’ adalah ruang singgah turut dipasang plank untuk kemudahan walit.

Untuk pengetahuan mana mana RBW yang mengadakan ruang ‘C’ telah mengambil langkah bijak dan tepat dalam pemancingan khususnya untuk memancing walit muda, walit dipercayai memiliki habitat suka meneroka ke dalam setiap RBW baru namun terlebih dahulu walit akan menyiasat serta memastikan tiada terdapat nya prediator didalam RBW tersebut yang bakal menganggu koloni nya, untuk itu ruang ‘C’ merupakan ruang singgah yang akan digunakan oleh walit untuk memberanikan diri mengintai kedalam RBW sebelum turun kebawah dan seterusnya mendiami RBW, cuma sedikit kesilapan cara pemasangan plank pada ruang ‘C’ tidak mengikuti arus putar walit namun kesilapan kecil tersebut mudah di perbetulkan.

Untuk makluman, kami tidak bersedia untuk mengikat sebarang kontrak pengelolaan, konsultasi atau apa apa kontrak yang berkaitan keatas mana mana RBW yang didapati tidak menepati spesifikasi sebenar RBW melainkan tetuan RBW bersetuju serta mengambil tindakan membaik pulih kesalahan kesalahan tersebut dengan terlebih dahulu ini bertujuan bagi mengelak terjadinya sebarang pertelingkahan, salah faham atau tuduh menuduh diantara kedua dua belah pihak sekiranya RBW tersebut menemui kegagalan seperti walit tidak mendiami, bersarang atau berpopulasi di RBW tersebut.

Pihak kami tidak mementingkan semata mata kerana bayaran atau wang ringgit sebaliknya pihak kami lebih mengutamakan kejayaan keatas sesebuah RBW.

Advertisements

Posted on 18 August, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: