Kajian penilaian pasaran sarang burung walit di Semenanjung Malaysia.


Pelik juga bila pegawai Jabatan Perhutanan hendak buat kajian Penilaian Pasaran Sarang Burung (walit) di Semenanjung Malaysia. Saya ingat ke nak buat kajian pasaran kayu gaharu. Atau hendak istiharkan kepada rakyat Malaysia supaya tanam pokok gaharu banyak-banyak supaya bekalan gaharu tidak pupus. Memanglah sarang burung walit adalah hasil hutan. Patut sangatlah jabatan perhutanan mengambil inisiatif untuk membuat kajian tersebut.

Saya berharap ada mana-mana pihak yang bersedia menjadi responden boleh menghubungi pegawai kita ini untuk dibuat kajian. Jika ada soalan yang hendak dikemukakan saya bersedia untuk postingnya dalam blog ini untuk dijawab oleh penjengok.

Berikut adalah e-mail dari YM Tengku Yuzaimie Idham bin Tengku Zulkifly.

salam, selamat menyambut ramadhan..

Saya dari Jabatan perhutanan semenanjung malaysia, seksyen ekonomi ada
membuat “Kajian Penilaian Pasaran Sarang Burung (walit) di Semenanjung
Malaysia.”

Sehubungan itu saya ingin memohon kerjasama dari tuan atau persatuan untuk
mengatur program sesi temubual (soal selidik) bersama tuan atau
pengusaha-pengusaha yang lain pada 16-20 ogos 2010. Untuk makluman tuan
data-data tersebut insyaalah akan kami gunakan untuk terbitan buku RMK-9.

Di sini disertakan talian h/p untuk tuan/ persatuan menghubungi saya
0194454646 dan berbincang mengenai program ini.

Jasa baik dan kerjasama tuan amat saya hargai dan dahului dengan ucapa n
ribuan terima kasih.

Regards,

TENGKU YUZAIMIE IDHAM BIN TENGKU ZULKIFLY
Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Seksyen Ekonomi Hutan,
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur
Tel : 03-2616 4488 (ext 770)
Fax : 03-2692 5657

Posted on 12 August, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: