Pemakanan anak-anak burung walit.

Anak-anak burung walit membesar dengan memakan serangga kecil. Ia dibesarkan oleh induknya dengan jagaan yang rapi didalam premis yang cukup dilindungi keselamatannya. Ibu atau induknya menjaga sehingga dewasa. Premis rumah burung walit yang dikhuatiri keselamatannya akan menyulitkan induk mendiaminya untuk mengembangkan populasinya. Jika faktur keselamatan ini diabaikan tidak mustahil walit-walit akan meninggalkan premis tersebut untuk mencari lokasi baru yang lebih selamat.

Sumber minuman burung walit boleh dari berbagai sumber seperti tasik, sungai , laut dan sebagainya. Sumber air mungkin juga daripada air paip, sungai, kolam atau air yang ditakungkan . Jika airt akungan disediakan disebelah dalam bangunan/premis ianya perlu kerap dibersihkan atau diletakkan abate di dalamnya untuk mengelakkan membiaknya nyamuk Aedes atau serangga merbahaya yang lain.

Takungan air bukan sahaja untuk minuman burung walit tetapi juga untuk tujuan menyejukkan premis dalaman. Selain mengunakan air takungan premis rumah burung walit juga boleh menggunakan humidfier untuk mengawal kelembapan dalam premis. Kelembapan yang sesuai untuk RBW ialah 75% hingga 85% . Kawalan kelembapan boleh sahaja menggunakan sensor untuk mengstabilkan kelembapan ini.

Sekiranya makanan tidak mencukupi untuk anak-anak walit makanan tambahan boleh diadakan. Keperluan zat galian yang tertentu boleh diberi sebagai makanan tambahan. Burung eksotik seperti burung walit ini mungkin memerlukan makanan tersendiri untuk pembesaran seperti Kuprum (Cu), Selenium (Se), atau Kobalt (Co) berbanding dengan haiwan yang biasa. Oleh itu jenis dan cara pemakannya mungkin berbeza dengan haiwan yang lain.

Perli dinyatakan disini bahawa keperluan makanan untuk tumbesaran anak, betina yang mengeram dan burung jantan adalah berlainan.

Posted on 10 August, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: