Industri walit perlu dikawal agar tidak merosakkan industri lain.


Di Malaysia sejarah penuaian sarang burung Walit telah bermula sejak 100 tahun yang lalu.Penuaian secara komersial telah dijalankan di Gua Niah, Sarawak pada tahun 1878.

Sejak kebelakangan ini pengusaha telah memulakan era baru dalam mendapat sarang burung walit ini. Penuaianya tidak lagi dari gua-gua semula jadi. Sebaliknya dari gua-gua buatan manusia. Kaedah yang lebih berperikemanusiaan ini dengan menyediakan tempat yang paling kondusif sebagai habitat pembiakan untuk burung walit. .

Kaedah ekonomi lestari yang komersial ini mula diperkenalkan untuk mendapat sarang burung walit yang diketahui umum mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Walaupun tidak melibatkan prosessing namun ia tetap dianggap sebagai perusahaan. Pembinaan bangunan bagi tempat tinggal populasi burung Walit bersifat mesra alam berbanding cara tradisi. .

Dengan itu spesis dan bilangan burung Walit telah banyak berkembang dan membiak dengan cepat. Bukan sahaja membiak dengan pantas tetapi telah berhijrah dari hutan sebagai tempat tinggal ke bandar untuk tempat tinggal yang baru. Ia telah mula bermastautin di bandar sebagai kwasan baru yang dihuninya.. Semenjak itu, industri burung Walit ini telah berkembang dengan pesatnya. Mengikut satu rekod yang dicatatnya pada tahun 2005 terdapat 50,000 premis rumah burung walit terdapat di Malaysia. 90% daripadnya adalah dikawasan bandar. .

Burung Walit berada didalam Order Apodiformes bermakna tiada berkaki (berkaki lembik) dan mereka ini tidak berupaya berada di tanah.Tanah seolah-olah menjadi sumpahan baginya. Andaikata burung walit terjatuh dibumi ia tidak akan mampu lagi untuk terbang dan ia akan mati. Burung walit mempunyai kuku yang dapat mencengkam yang kuat. Saiz burung Walit adalah kecil. Yang terbesar panjangnya berukuran 13sm dan yang terkecil sekadar hanya 7.5sm. Burung Walit berkelompok besar dan suka pada kawasan dimana banyak tumbuhan dikawasan bukit dan gua. Mereka ini membiak di dalam gua atau di premis yang berkeadaan seakan gua. Mereka ini mengguna ekolokasi (echolocation) serupa dengan cara kelawar, untuk terbang (navigate) dalam keadaan gelap. .

Burung Walit dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai iklim dan habitat. Sarang burung Walit adalah sarang burung yang paling dikagumi dan mempunyai nilai komersial yang sangat tingggi. Sarang adalah ramuan asas sup sarang burung yang terkenal di merata dunia. .

Makanan asas Burung Walit adalah serangga yang ditangkap semasa berterbangan. Aktiviti hairan seterusnya, membuat sarang diantara batu-batan dan simen di dalam atau dikayu sirip yang dibuat khusus untuk burung walit. .

Dalam masa berterbangan burung walit akan mengeluarkan kicauan yang bernada tinggi (high pitched). Dari pandangan Burung Walit, dinding perumahan adalah seakan ‘permukaan batu-batan’, dan ruang diantara dinding atau atap membuka peluang untuk membuat sarang di dalam ‘gua’. .

Keghairahan dan perlumbaan pengusaha dalam membangunkan premis untuk burung walit, menuntut supaya kerajaan campur tangan bagi memastikan prospek ekonomi industri walit terus lestari dan mampan. Kerajaan perlu mengawal pertumbuhan rumah burung walit ini agar ia tidak merosakkan industri lain seperti pelancongan yang merupakan sumber pendapatan negara yang kedua penting. Bangunan RBW harus dikawal oleh kerajaan agar kelihatan cantik dan merosakan pemandangan yang indah.
Sehubungan dengan itu kerjasama antara pengusaha dan kerajaan haruslah dalam situasi menang dan menang.

Posted on 3 August, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: