Pokok gaharu boleh ditanam secara ladang atau kebun buah-buahan integrasi dengan tanaman lain.


Pokok karas ( gaharu) boleh ditanam dengan Pelbagai Kaedah. Ia boleh ditanam secara kelompok atau individu. Boleh juga ditanam secara tanaman sejenis atau pelbagai campuran dengan pokok lain atau selingan.

Penanaman pokok gaharu amat sesuai sebagai tanaman integrasi bersama dengan pokok buah-buahan, kelapa sawit dan getah. Apa yang perlu di awasi ialah dalam proses pembesaran pendedahan kepada cahaya semakin besar semakin perlu terdedah supaya jangan terlindung atau tertutup Ladang gaharu juga sesuai untuk dijadikan tapak ternakan lembu, kambing dan ayam itik. Ini kerana rumput rampai dan najis binatang akan menjadikan pokok makin segar.

Malaysia dianugerahkan dengan mukabumi dan cuaca yang sesuai bagi tanaman gaharu. Ianya sesuai tumbuh dalam keadaan cuaca panas dan lembab. Pokok gaharu boleh tumbuh di tanah pelbagai jenis tetapi paling subur pada tanah laterite merah liat berpasir. Namun begitu pokok gaharu tidak sesuai ditanam pada paya berair, tanah masam atau bukit batu kapur.

Pemilihan masa yang sesuai juga penting semasa menanam anak benih, terbaik ialah semasa permulaan musim hujan. Ini dapat mengelakkan pokok dari kekeringan. Manakala kaedah menanam bergantung kepada keadaan tanah dan susunan tanaman yang sediaada.

Penanaman pokok gaharu diladang amalan yang terbaik ialah mengikut kaedah Tigasegi Sekelompok : jarak antara pokok ialah 1.2 m- 1.5m.

Bagi penanaman berkelompok pula , jarak antara kelompok ialah dari 2m – 4m. Kaedah ini mampu untuk mendapatkan kepadatan antara 1600 – 2,000 pokok se Hektar.

Jika ditanam di kawasan hutan sekunder, jarak antara pokok adalah 2m, dan jalur ka jalur 10m – 12.5m. Kepadatan pokok 400 – 500 pokok /hektar.

Posted on 29 July, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: