Meninjau prospek penanaman gaharu di Malaysia dengan melihat perkembangannya di negara jiran seperti Thailand, Myanmar dan Vietnam.


Pokok gaharu juga mempunyai pelbagai nama tempatan antaranya pokok karas, pokok depu dan pokok candan. Pokok gaharu terdiri dari famili Thymelaeaceae yang mempunyai lebih daripada 17 spesis daripada genus Aquilaria yang dipercayai berpotensi menghasilkan minyak gaharu yang berkualiti tinggi.

Di Malaysia sahaja terdapat lima spesis gaharu aquilaria yang utama iaitu :-

1. A. malaccensis (gaharu, karas atau depu),
2. A. hirta (candan),
3. A. microcarpa (garu),
4. A. rostrata dan
5. A. beccariana (gaharu tanduk).
Manakala di negara lain pula diantaranya adalah seperti ;-

i. A. crassna (Indochina) dan
ii. A. sinensis (Selatan China dan Taiwan),
iii. A. sub-intergra (Thailand dan Myanmar) manakala spesis
iv. A. agallocha Roxb (India dan Vietnam)
Mengikut Mr. Chet berdasarkan Pengalaman syarikat Do Bau Huong, Vietnam mendapati spesis A. agallocha Roxb merupakan spesis gaharu yang paling mendapat tempat dengan nilai komersil yang paling tinggi dengan kelas minyak gaharu yang terbaik dikalangan spesisnya yang lain.

Gaharu iaitu damar yang terhasil dari pokok Karas, mempunyai harga yang begitu mahal boleh mencecah sehingga RM14,000 – RM20,000 per kg untuk damar gaharu gred super dan RM50,000 seliter bagi minyak gaharu.

Sebelum ini, semua hasil gaharu ini dituai dari hutan semulajadi dan kini, pokok karas semakin diancam kepupusan manakala permintaan terhadapnya semakin bertambah. Tanpa kesedaran untuk penanaman semula, negara kita mungkin tidak lagi menjadi negara pengeksport gaharu yang mempunyai nilai yang begitu tinggi dan permintaannya yang amat besar ke negara-negara Timur Tengah,Taiwan, Jepun dan sebagainya.

Kita patut menoleh ke negara jiran seperti Thailand, Myanmar dan Vietnam, dimana mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan gaharu ini.

Kekurangan maklumat yang tepat dan modal asas yang tinggi untuk membuat ladang gaharu menyebabkannya kurang diminati. Manakala agensi agensi kerajaan pula masih lagi dalam perengkat kajian dan percubaan. Penanaman pokok karas sudahpun dilakukan oleh beberapa agensi swasta yang ada di beberapa tempat di negara kita. Penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan juga giat dijalankan. Namun, kejayaannya masih dalam peringkat awal.

Posted on 27 July, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: