Projek Ekonomi Impak Tinggi. GAHARU- Emas hitam dari hutan Teropika


Langkawi 22 Julai 2010 – Bahagian Pembangunan IKS & Asas Tani ANGKASA telah mengadakan Kursus Tanaman Gaharu pada 22 hingga 24 Julai 2010 di Hotel Langkasuka ,Pulau Langkawi, Kedah.

Kursus yang dihadiri oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengerusi Koperasi seluruh Malaysia telah mendapat maklumat yang jelas prospek penanaman gaharu di Malaysia.

Pembentangan kertas kerja yang berkaitan telah disampaikan oleh ACS SYNERGY SDN BHD. yang bekerja sama dengan rakan kongsi dari Vietnam. Menurut Che Ghani pihaknya bekerja sama dengan Doa Bou Houng dari Vietnam yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam penanaman gaharu.

Menurut Mr. Chet ( Wakil Doa Bou Houng )Fenomena antara bangsa menyatakan bahawa hari ini di Abad ke 21 ini dua Industri utama akan menjadi tumpuan , satu darinya adalah Industri kesihatan berasaskan Sains Alami. Sains Alami yang dimaksudkan adalah sumber Asli bukannya bahan kimia gantian. Sudah pasti Industri kesihatan yang berasaskan sumber alami saperti gaharu akan mendapat permintaan yang besar dimasa depan. Dengan meningkatnya pendapatan dan manusia semakin menumpu kepada cara hidup berkualiti dan permakanan yang berkhasiat, permintaan terhadap produk gaharu makin bertambah.

Di Malaysia, minat terhadap gaharu sudah lama. Ini kerana permintaan yang tinggi terhadap gaharu dengan tawaran harga yang begitu lumayan. Malangnya sumber gaharu hanya dapat diperolihi dari hutan dan terus mengalami kepupusan. Kita tidak pernah didedahkan kaedah mendapatkan sumber damar gaharu dan minyak melalui perkembangan teknologi kini.

Permintaan terhadap gaharu bertambah disebabkan manusia kembali mencari sumber aiami yang asli dalam Industri berkaitan dengan kesihatan, famasutikal, kosmetik dan wangian. Berbanding dengan industry lain yang hanya diminati oleh golongan tertentu sedangkan gaharu mendapat permintaan dari seluruh dunia untuk pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan. Apabila hasil dari hutan asli makin pupus maka keperluan untuk menanam gaharu dan teknologi Inokulan bagi menghasilkan resin begitu mendesak. Pihak kami telah mengenal pasti spesis gaharu terbaik bagi penghasilan resin-teras gaharu dan minyak yang bermutu. Hasil gaharu mendapat pasaran meluas bagi industri wangian, kosmetik, perubatan, upacara keagamaan dan kebudayaan.

Malaysia begitu bertuah kerana terletak di kawasan Tropikal yang amat sesuai untuk tanaman gaharu. Apa yang perlu difahami hanyalah kaedah terbaik yang telah terbukti berjaya dan terdapat mentor yang sanggup membimbing apabila kita menceburi industri berkaitan.

Bagaimanapun untuk menyelongkar industri yang penuh rahsia ini tidak mudah dan sumbernya amat terhad. Kursus kali ini cuba untuk membuat pendedahan awal agar mereka yang berminat dalam industri yang cukup lumayan ini mendapat manfaat dan tidak mengulangi kegagalan.

Posted on 25 July, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: