Burung cenderawasih dan burung walit mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi. Apakah ianya burung kayangan yang diturunkan untuk manusia ?.


KUALA LUMPUR – Rabu 14 Julai 2010 Sekumpulan penje-nayah bukan sahaja tahu mencuri atau merompak tetapi mereka kini beralih arah iaitu selain membuat kejahatan, mereka juga percaya hobi memelihara burung Cen-derawasih boleh membawa tuah.
Mengikut kepercayaan sesetengah pihak, burung Cenderawasih yang dikaitkan de-ngan legenda alam kayangan hanya boleh didapati di kawasan sejuk selain akan mem¬beri rezeki kepada si pembelanya.

la juga dikatakan penjaga kepada sejenis batu zamrud yang tinggi nilainya dan akan mati jika terjatuh ke tanah tetapi bangkainya tidak mereput atau berbau busuk, malah mengeluarkan haruman tersendiri.

Semalam, pqlis yang menyerbu sebuah bengkel membaiki kereta bukan sahaja menemui sebanyak 42 buah kereta import curi malah turut menjumpai dua ekor burung Cenderawasih yang dipercayai bertuah itu, beberapa ekor kucing hutan serta 28 ekor burung pelbagai spesies seperti kakak tua dan merbuk.

Serbuan pada pukul 3 pagi di Jalan Sibu 17, Taman Wahyu, Kepong di sini itu di lakukan selepas polis mendapati pemilik yang berselindung di sebalik bengkel kereta itu turut terlibat mencuri kereta dan terbabit dalam penipuan di sekitar Lembah Klang sejak tiga tahun lalu. Siasatan awal mendapati mereka turut menyeludup hidupan liar terancam di se¬balik perniagaan bengkel tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan polls dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Katanya, dalam serbuan itu polis menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20 dan 40-an yang merupakan pekerja bengkel dan runner sindiket itu. “Polis berjaya merampas sebanyak 42 buah kereta curi seperti Nissan Cefiro, Toyota Harrier, Vios, Camry dan empat buah lori satu tan yang kesemuanya di-anggarkan bernilai RM1 juta.

“Kita masih memburu pemilik dan penyelia bengkel iaitu Terry Tong Cheong Gek, 29, dan Calvin Lim Foong Kui, 50, yang telah me-larikan diri,” katanya.

Tambahnya, seekor burung Cenderawasih boleh mencecah harga sehingga RM1 juta

Kerana dipercayai boleh mendatangkan nasib baik selain memperoleh keuntungan dalam perniagaan. Menurut Chin Wah, polis turut merampas beberapa fail yang mengandungi senarai kereta mewah antaranya BMW dan Mer¬cedes Benz curi yang disimpan di lokasi tertentu. “Modus operand! sindiket ialah menyamar sebagai ejen syarikat insurans dengan
menggunakan dokumen sokongan palsu untuk menuntut kereta atau lori yang di¬simpan di stor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sebekim itu telah ditarik atas pelbagai kesalahan.

“Mereka menggunakan dokumen kereta yang dilaporkan dicuri atau hilang pada tahun 2008, 2009 dan 2010 di sekitar Lem¬bah Klang,” katanya. Tambahnya, polis turut menemui bebe¬rapa komponen kereta yang telah dileraikan untuk dijual kepada pihak ketiga. Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Bahagian Perhubuhgan dan Penguat Kuasaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Lumpur, Celescoriano Razond berkata, berda-sarkan siasatan awal, pihaknya tidak menolak kemungkinan burung tersebut me¬rupakan keluarga Cenderawasih. Katanya, harga burung tersebut boleh mencecah sehingga RM1 juta seekor berdasarkan kepercayaan orang ramai ter-hadapnya yang kononnya mampu mengubah nasib seseorang.

Burung Cenderawasih

Sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes.

• la hanya terdapat di kawasan Australasia timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia.
• Kebanyakan spesies burung ini turut t mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambut menjulur dari ekor, sayap atau kepala.
• Spesies paling terkenal kerana bulunya adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih esar,
Paradisaea apoda.
• Ada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap dipohon tetapi kekal terapung di angkasa. la juga dipanggil burung syurga.
• Dianggap membawa unsur sakti, tuah dan kuasa pelaris.
• Diburu kerana dipercayai membawa kuasa, tuah dan pengaruh di kalangan masyarakat Nusantara.
• Dikaitkan dengan khasiat tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
• Bahagian tubuhnya juga dikatakan memberi kelebihan kepada sesiapa yang memilikinya.

KOSMO.
Catatan Penulis

Terdapat beberapa persamaan antara burung walit dan burung cenderawasih dimana burung cenderawasih berehat dan tidur diawan, begitu juga denagan burung walit.

Nilai burung walit sangat tinggi harganya jangka hayat burung walit adalah sehingga 26 tahun. Dalam jangka masa umur tersebut saekor burung walit boleh memberikan pendapatan kepada penternaknya sebanyak RM36 ribu.

Posted on 20 July, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: