Garis Panduan (1GP) Industri Burung Walit Negara itu akan dikuatkuasakan tidak lama lagi, iaitu selepas ia dibentangkan pada mesyuarat Majlis Negara mengenai Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak


Pengusaha Burung Walit Diminta Bersedia Patuhi Garis Panduan – Noh Omar

Pengusaha burung walit diminta patuhi peraturan pemiliharaan ternakan mereka. KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama)

– Pengusaha industri ternakan burung walit di seluruh negara dikehendaki bersedia untuk mendaftar kegiatan mereka setelah garis panduan bagi mengawalselia industri itu diluluskan jemaah menteri Jumaat lepas, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Ini kerana, katanya, Garis Panduan (1GP) Industri Burung Walit Negara itu akan dikuatkuasakan tidak lama lagi, iaitu selepas ia dibentangkan pada mesyuarat Majlis Negara mengenai Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Garis panduan yang pertama di dunia ini akan membolehkan lebih 50,000 premis rumah burung di negara ini didaftarkan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sebelum dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan terbabit.

Ia juga akan digunapakai di Sabah dan Sarawak.
Antara lain, bertujuan untuk mengatasi masalah bau, bunyi dan risiko penyakit selain memastikan pembangunan industri itu, yang dianggar bernilai RM1 bilion, berlaku secara holistik (teratur).

“Hari ini kita nak maklumkan kepada pengusaha burung walit bahawa mereka perlu bersedia (untuk mendaftar). Mereka kini boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraturan baru daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebab kita tidak mahu nanti bila kita terus menguatkuasakannya mereka jadi kelam kabut dan tidak bersedia,” katanya pada sidang akhbar mengenai panduan dan peraturan burung walit pada hari Isnin.

Menurut Noh, garis panduan tersebut perlu dibincangkan dahulu dalam mesyuarat itu agar ia tidak menyebabkan pengusaha burung walit berasa tidak selesa.

“Perkara ni dah berpuluh tahun berjalan kemudian kita nak buat peraturan baru… jadi tentulah orang yang lama terlibat dalam industri mungkin rasa macam ada gangguan dan kurang selesa.

“Sebab mereka dah buat perkara dah berpuluh tahun tiba-tiba kita kata itu tak boleh buat dan ini tak boleh buat…jadi kita tak mahu akhirnya peraturan ini nanti akhirnya menyusahkan rakyat,” katanya.

Bagi tujuan pendaftaran premis burung walit di seluruh negara, JPV membangunkan sistem pendaftaran premis penternakan itu melalui laman web burungwalit.com.my.

“Laman web ini boleh diakses bermula hari ini,” kata Noh.– BERNAMA

Secebis rencana dalam KOSMO 30 November 2009 :

MENDENGAR kicauan burung pada pagi hari mungkin agak syahdu bagi kebanyakan orang, seolah-olah mereka berada di kawasan hijau yang jauh daripada hingar-bingar enjin kenderaan.

Namun bagi pemilik kedai kopi, Ong Poh Kok, 54, di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu, kicauan harmoni burung layang-layang yang juga dikenali sebagai walit kini berubah menjadi mimpi ngeri.

Poh Kok bersama jirannya, pengusaha kedai makan, M. Ramachandran, 58, dan penduduk lain di Jalan Tok Lam ibarat hidup di sarang burung gergasi.

Mereka pernah berpiket secara aman bagi membantah pihak berkuasa tempatan yang didakwa gagal bertindak biarpun puluhan aduan dibuat mengenai pencemaran udara dan bunyi di situ.
Kami bukan dengki dengan pengusaha burung itu tetapi perniagaan itu biarlah sensitif dengan penduduk di sini yang merana kerana dia menjadikan bangunan mereka sebagai sarang walit, katanya.

Masalah bermula apabila beberapa pengusaha membuka operasi penternakan burung layang-layang di tingkat atas rumah kedai di kawasan itu lima tahun lalu. Sejak itu, kicauan walit menjadi irama wajib Jalan Tok Lam.
Ramai penduduk mengakui anak mereka juga tidak lagi mahu balik beraya ke rumah disebabkan kicauan burung itu selain aroma dan ketulan najisnya mencemarkan kawasan tersebut.

Gejala ini bukan sahaja berlaku di Terengganu. Ia juga menjadi masalah di Pulau Pinang.
Kerajaan melalui Majlis Negara Mengenai Kerajaan Tempatan membenarkan industri itu dikembangkan secara komersial pada Oktober 2005 tetapi dengan syarat-syarat tertentu.
Antaranya ialah bisnes itu tidak dibenarkan di dalam atau dekat dengan kawasan perumahan dan penghasilan bunyi untuk memanggil burung itu hendaklah pada tahap nada bunyi rendah.

Mungkin bila Majlis Negara Kerajaan Tempatan telah membuat keputusan untuk membenarkan ternakan walit dalam bandar atau desa, Masalah ini mungkin dapat diselesaikan dengan baik.
Oleh itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mula mengambil langkah untuk mendaftar premis RBW dalam usaha merangka pelan induk perusahaan burung walit. Peta lokasi dan lain-lain perkara yang berkaitan. Seminar yang diadakan baru-baru ini telah dimaklumkan demikian.
Pendaftaran Premis Burung Walit adalah bagi tujuan menyelaras dan pemantauan yang lebih berkesan. Pendaftaran premis burung walit dibuat oleh JPV melalui laman sesawang http://www.burungwalit.com.my. Setiap premis yang berdaftar akan diberi tanda pengenalan premis Radio frequency Indentification (RFID)

Posted on 17 July, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: