Seminar pembiayaan industri burung walit Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani


13 Julai 2010 PUTERAJAYA. Perusahaan burung walit yang telah berkembang pesat di Malaysia sejak 20 tahun yang lalu telah menarik minat orang ramai untuk menyertai seminar yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Kehadirannya begitu hebat melebihi sasaran yang ditetapkan oleh penganjur. Dewan Serbaguna Wisma Tani penuh sesak dengan peserta yang ingin mendapat penjelasan langsung daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagai agensi peneraju yang bertanggungjawab menyelaras aktiviti pembangunan industry burung walit yang telah dikendalikan oleh pelbagai agensi yang telah terlibat dalam industri ini.

JPV telah menyediakan garis panduan Pelan Induk Pembangunan Industri Burung Walit yang bersepadu merangkumi Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP), Amalan Pengeluaran Baik (GMP), Import / Eksport, Daya Jejak, Pendaftaran dan Pelesenan dalam pembangunan industri burung walit.

Pada bulan April 2010 , Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan industry Asas Tani telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM67.7 juta bagi menggalakkan lagi pelaburan di dalam industry burung walitkepada pelanggan akan dilaksanakan melalui AGROBANK den, gan kadar 3.75% setahun.

Peserta seminar telah telah diberi taklimat yang jelas tentang industry yang bernialai tinggi ini . Apa, mengapa dan bagaimana potensi yang ada dalam industry burung walit ini. Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Fadzilah A’ini binti abdul Kadir @ Raden. Ketua Seksyen Aneka Industri Nilai Tinggi. Bahagian Komodit Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Puterajaya.

Pembentangan kertas mengenai Skim Pembiayaan Industri Burung Walit telah disampaikan oleh En. Jamaludin bin Mahfuz AgroBank. Pembiayaan berasaskan prinsip syariah kepada usahawan yang terlibat dengan Aktiviti Perusahaan Burung Walit secara separuh masa dan sepenuh masa yang berminat untuk menjalankan aktiviti ini.

Dalam taklimat tersebut peserta telah dijelaskan bahawa kelayakan adalah warga Negara Malaysia secara individu atau kumpulan yang dimiliki secara individu atau secara perkongsian. Peminjam hendaklah berumur antara 21 hingga 60 tahun. Manakala syarikat adalah hakmilik warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51%) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.

Menurut Jamaludin pembiayaan adalah meliputi modal kerja dan modal tetap untuk penambahan atau pembesaran projek yang sedia ada. Jumlah pembiayaan bermula dari RM10 ribu hingga RM5 juta. Peratus pembiayaan adalah 100% bagi projek pembesaran dan 90% bagi projek baru. Tempuh bayaran balik 10 tahun. Tempuh penangguhan adalah 12 bulan. Cagaran tertakluk kepada polisi semasa Agrobank.

Posted on 16 July, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: