Beberapa persoalan tentang tanah dan rumah burung walit.


e-mail 1. Daripada Husna :

Salam..saya nak bertanya sekiranya saya hendak melaksanakan projek RBW mengikut kaedah tenansi (sewaan) tempuhnya tidak lebih dari tiga tahun. Pemberian tenansi tidak memerlukan pendaftaran. Untuk melindungi kepentingannya, ia boleh memohon untuk dicatitkan tuntutannya dibawah Seksyen 316 KTN. Boleh perjelaskan kpd sy ttg mohon tuntutan dibwh seksyen 316 KTN tu?

Jawapan: Tuan hendaklah memohon kepada Pejabat Tanah dimana tanah tersebut berada dengan menulis surat yang disertakan dengan perjanjian sewa sewa untuk diendoskan dalam dokumen hakmilik.

Walau bagaimana pun pada pandangan saya kaedah tenansi ini tidak sesuai untuk tujuan membina rumah buruing walit. Kaedah ini hanya sah disisi undang-undang dalam pempuh 3 tahun sahaja. Selepas tamat tempuh ia perlu dibuat semula. Untuk lebih selamat ia boleh dibuat untuk kaedah pajakan.

e-mail 2. Daripada Zan :

Salam En. Jahani….

Minta tanya, Bolehkah saya membina RBW di lot tanah jenis kebun getah?
serta apakah perlu membuat permohon atau minta kebenaran dari PBT atau…?
untuk pengetahuan en jahani, lot ini dalam satu geran yang mepunyai beberapa name pemilik atau kata lain belum pecah lot dan tertulis jenis kegunaan tanah adalah getah.
sekian, terimakasih.Salam

Jawapan : Tidak ada masalah untuk tuan membina RBW dalam kebun getah. Getah adalah termasuk dalam kategori tanah pertanian. Tanah pertanian tidak salah untuk membina sebuah bangunan untuk tujuan pertanian didalamnya. Keperluan pelan bangunan bergantung kepada kawasan dimana tanah tersebut berada. Jika dalam kawasan operasi PBT saya rasa mengikut akta PBT kelulusan pelan adalah perlu untuk membina bangunan dalam kawasan PBT. Penyediaan pelan juga perlu jika anda ingin memohon pembiayaan dari institusi kewangan.

Apa yang saya tahu, buat masa sekarang tidak banyak lagi PBT yang meluluskan pelan untuk tujuan membina RBW. Kebanyakan yang ada dibuat secara haram. Hentam jelah dulu. Terima kasih

e-mail 3. Daripada Addy Lam :

Selamat pgi pak jahani..saya nak tanya dgn pndangan pak jahani tentang pertanyaan kawan saya ne dia nak buat rumah rbw di sabah kawasan dekat dgn kwsan sawah..
Cadangan kawan tu nak buat size 20×40 lantai 1 sja..pertanyaan kawan tu rekabentuk rumah tu tak ada roving room hanya dia buat rumah monyet bersize 10×20 tinggi 8 kaki lubang masuk burung size 2×3 jdi reka bentuk dalaman rumah tu tiada bilik la terus nesting plank..cahaya pun terang menurut pglaman Pak Jahani adakah cadangan kawan saya tu sesuai atau macam mana..? Pak Jahani ada nasihat yang sesuai tak bagi budak yang baru belajar dunia walit ne..?takut nenti di kemudian hari kerja-kerja mengubah di buat lagi yang sedihnya lagi walit tak suka heee.

Jawapan : Saya belum dengar khabar lagi RBW yang tiada roving room. malah bukan itu sahaja saya tidak terjumpa lagi walit bersarang di roving room.Yang tersesat itu adalah. Jika tuan tak buat roving ini bermakna RBW tuan hanya ada roving dan tiada nesting room. Walau bagaimana pun saudara boleh cuba. Jika berjaya beritahu saya. saya pun nak buat juga kalau boleh. Terima kasih.

Posted on 9 July, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: