Potensi besar industri walit – Utusan Malaysia (agrobiz)


INDUSTRI burung walit yang memiliki potensi besar dalam pasaran menjadi antara pilihan usahawan hari ini. Jika diimbas kembali dari segi sejarah, penuaian sarang burung walit dari gua-gua secara komersial bermula sejak 100 tahun dahulu di Malaysia. Hasil tuaian pertama adalah di Gua Niah, Sarawak pada 1878.

Bermula dari hutan ke desa dan bermastautin di bandar, industri burung walit semakin berkembang memandangkan ia mendapat permintaan tinggi kerana kandungan khasiatnya yang tinggi. Ini
mendorong Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggalakkan lebih ramai usahawan terlibat dengan industri burung walit ini.

Bagaimanapun, mereka perlu diberi persediaan awal sebelum menceburi industri ini termasuk garis panduan dan spesifikasi model penternakan berskala kecil dan besar serta keperluan-keperluan lain.
Justeru, menerusi Bahagian Khidmat Sokongan dan Pembangunan Industri (KSI) dan Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan (ITTP), Agrobank dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Seminar Pembiayaan Industri Burung Walit akan diadakan pada TSJulai depan. Seminar ini menyasarkan 700 peserta terdiri daripada pengusaha sedia ada, bakal pengusaha yang telah dikenal pasti oleh JPVdi peringkat negeri dan orang ramai yang berminat.

Di samping memperkenalkan industri burung walit secara umum, seminar ini juga bertujuan mempromosikan skim-skim pinjaman kerajaan di bawah Agrobank dan kriteria-kriteria yang
diperlukan bagi mendapatkan pembiayaan ini.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai potensi dalam industri burung walit dan maklumat mengenai pembiayaan, datang beramai-ramai ke Seminar Pembiayaan Industri Burung Walit di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya.

Posted on 3 July, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: