Undang-undang tanah (KTN) dalam projek rumah burung walit.

Tanah merupakan elemen penting dalam pelaksanaan projek untuk rumah burung walit (RBW). Oleh kerana salah satu factor utama kejayaan RBW adalah lokasi yang tepat dan sesuai maka tapak atau tanah untuk membina RBW adalah persoalan pokok. Tidak semua pelabur mempunyai tanah yang sesuai untuk tujuan tersebut. ,

Saya akan cuba memberi beberapa option untuk anda memperolehi tanah mengikut undang-undang bagi membina bangunan rumah burung walit. Option yang akan saya jelaskan disini adalah berdasarkan peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN).

Terdapat beberapa kaedah untuk anda mendapatkan tanah bagi tujuan projek RBW . Kaedah tersebut ialah melalui :

(a) Pembelian tanah milik ianya dilakukan melalui proses pindahmilik daripada tuan tanah kepada pembeli. Proses pindahmilik hanya sah dengan menggunakan boring 14A dan didaftarkan di Pejabat=pejabat tanah. Perjanjian melalui surat perjanjian kontrak adalah tidak sah dan tidak boleh dikuat kuasakan oleh undang-undang di Malaysia. Perlu di ingat bahawa jual beli hanya sah untuk tanah bergeran sahaja. Tanah yang tiada hakmilik (geran) tidak sah untuk dijual beli. Oleh itu tanah kerajaan atau tanah yang dimiliki secara lessen (TOL) dan tanah imarahan adalah tidak sah untuk dijual beli.

(b) Anda juga boleh melaksanakan projek RBW diatas tanah milik melalui kaedah pajakan atau tenansi, Walau bagaimana pun pajakan tanah yang dibenarkan tidak melebihi 99 tahun dengan syarat geran tanah tersebut menyatakan tempuh pajakan yang ada. Jika terdapat tempuh pajakan yang tertulis dalam geran tanah maka tempuh pajakan adalah baki pajakan yang ada. Manakala mengikut kaedah tenansi (sewaan) tempuhnya tidak lebih dari tiga tahun. Pemberian tenansi tidak memerlukan pendaftaran. Untuk melindungi kepentingannya, ia boleh memohon untuk dicatitkan tuntutannya dibawah Seksyen 316 KTN.

(c) Manakala bagi anda yang tidak mempunyai modal tetapi mempunyai tanah kaedah gadaian boleh dilakukan kepada intitusi kewangan atau mana-mana pihak yang sanggup memegang gadaian. Satu lagi kaedah ialah lien Lien bukanlah satu urusniaga yang didaftarkan. Lien diwujudkan apabila tuanpunya tanah menyerahkan kepada orang lain dokumen hakmilik keluarannya (geran tanah) sebagai jaminan untuk sesuatu pinjaman . Orang yang menerima dan menyimpan geran ini dipanggil pemegang lien dan untuk melindungi kepentingannya ia boleh memohon dimasukkan kaveat pemegang lien.

,
(d) Satu lagi kaedah ialah yang dikenali sebagaiismen. Ismen adalah hak yang diberi oleh seorang tuanpunya tanah kepada seorang tuanpunya tanah yang lain untuk menikmati secara berfaedah tanahnya, menurut peruntukan undang-undang. Untuk menguatkuasakan pemberian ini, suratcara itu perlulah didaftarkan. Hak ini bukan hak untuk membina bangunan diatas tanah tersebut. Tetapi adalh seperti hak untu laluan sahaja. Contohnya anda mempunyai tanah untuk membina sarang burung walit ditengah-tengah sawah. Tetapi tanah tersebut tiada jalan masuk untuk melaksanakan projek, maka anda boleh memohon ismen daripada tuan tanah yang bersebelahan tanah tersebut dengan rundingan.

Kaedah yang saya nyatakan diatas adalah jenis-jenis urusniaga yang memerlukan pendaftaran ia itu pindahmilik, pajakan, gadaian dan ismen. Selagi tidak didaftarkan urusan-urusan itu tidak berkuatkuasa dan orang/badan yang untuknya dibuat urusniaga itu tidak boleh menjalankan kuasa-kuasanya dibawah undang-undang.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan undang-undang tanah bolehlah e-mail kepada saya untuk penjelasan. jahani@jahaniwalit.com

Posted on 2 July, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: