Tolong selesaikan masalah sahabat kita ini.


Banyak email yang saya terima. Tetapi ini adalah email yang agak menarik yang boleh kita kongsi bersama.Selepas membaca e-mail ini, sila berikan maklumbalas yang boleh membantu kawan kita ini.Email saya : jahani@jahaniwalit.com

Assalamualaikum.

Saya adalah pemegan amanah sebuah rumah burung walit milik sebuah pertubuhan.
setelah di beri kepercayaan, sy telah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan RBW tersebut.
Untuk makluman tuan, sewaktu saya mengambilalih RBW tersebut keadaan di dalam bangunan sangatlah kotor dan hanya terdapat lebih kurang 150 biji sarang burung yg kelihan berwarna kekuningan tetapi semua sarang tersebut mempuyai telur.

Saya di fahamkan suatu ketika dulu RBW tersebut terdapat banyak burung dan sarang.
tetapi setelah terbiar di atas sebab-sebab yg tidak dapat sy jelaskan dan sy di fahamkan telah berlaku beberapa kali kecurian sarang maka keadaan RBW itu telah berubah.

Setiap 3 hari sekali saya memasuki RBW tersebut untuk melihat perkembangan. Setelah telur menetas dan anak2 burung itu terbang ( 16/05/2010 ) saya mengutip sarang-sarang yg ada di dalam RBW tersebut dan membersihkan segala kekotoran ( najis burung, sarang labah-labah ) serta menabur racun lipas.

Kini hanya terdapat sekitar 20 biji sarang yg masih mempunyai telur dan 5 biji sarang yg mempunyai anak di dalam RBW tersebut.

Soalan saya :

1- Apakah saya telah melakukan kesilapan dalam langkah penuaian sarang kerana tidak meniggalkan 1 pun sarang kosong.

2- Aapakah RBW tersebut masih memerlukan sistem audio untuk memikat burung yg dulu pernah bersarang di situ.

3- Apakah langkah-langkah yg perlu sy lakukan untuk mengembalikan RBW tersebut seperti dulu.

Harap tuan dapat memberi tunjuk ajar kepada saya.

Terima kasih

Posted on 29 May, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: