Lagenda Mahsuri – kecantikan gadis bernama Mahsuri menjadi idaman.

Mahsuri membesar seperti gadis-gadis yang lain tetapi kecantikannyalah yang membezakan. Kecantikannya menjadi buah mulut orang di Langkawi. Cerita kecantikan ini menarik minat pembesar Langkawi bergelar Dato Seri Kama Jaya untuk melihat sendiri wajah Mahsuri.

Apabila datang melawat Kampung Mawat, ternyata Dato Seri Kama Jaya pun turut terpikat dengan kecantikan Mahsuri dan ingin menyunting sebagai isteri kedua. Bagaimanapun hasratnya ditentang isteri bernama Mahura. Mahura dikatakan seorang wanita yang pintar dan banyak membantu suaminya mentadbir Langkawi. Hal ini menyebabkan Dato Seri Kama Jaya sukar untuk mengenepikan begitu sahaja isterinya.

Apabila Dato Seri Kama Jaya menyuarakan hasrat hati kepada isterinya, Mahura telah menolak dan Dato Seri Kama Jaya terpaksa akur. Ini menunjukkan pengaruh Mahura sangat penting dalam masyarakat tradisional. Bagi penyelesaian masalah , Mahura mencadangkan supaya Mahsuri dipinang untuk anak lelaki mereka yang bernama Wan Mat Deris.

Wan Mat Deris dikatakan seorang anakmuda yang gagah dan pintar dalam ilmu persilatan. Beliau dikatakan pernah terlibat dalam beberapa peperangan. Selain itu Wan Mat Deris juga seorang pedagang muda yang berjaya dan menjalankan urus niaga dengan Siam, Pulau Pinang serta dataran Kedah.

Perkahwinan yang diatur Mahura tidak menyelesaikan masalah kebimbangan kemerosotan pengaruhnya ke atas suami dan penduduk Langkawi. Mahura memastikan Mahsuri tidak menetap sebumbung tetapi terus tinggal di rumah Pandak Maya. Keluarga Pandak Maya tidak menolak malah bersyukur kerana menantunya akan menetap bersamanya, dan dia tidak terpisah dengan Mahsuri. Perkongsian hidup Wan Mat Deris dengan Mahsuri cukup bahagia, dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Wan Mat Arus.

Posted on 18 May, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: