Lagenda Mahsuri pun ada kaitan dengan burung walit.

Kisah Mahsuri

Di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka tinggal sekeluarga tiga beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, isterinya Mak Andak Along dan seorang anak perempuan bernama Mek Yah. Keluarga miskin ini menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber rezeki iaitu berhuma, bercucuk tanam, penternakan sara diri dan mencari barang-barang hutan. Nasib keluarga ini mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Semasa hujan lebat, dia singgah berlindung di bangsal yang ditinggalkan orang.
,br>

Di situ Pandak Maya berjumpa kerak nasi yang dikatakan Maya Padi (semangat Padi). Dalam masyarakat Melayu petani, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati.Apabila Maya Padi yang berupa kerak nasi dibawa balik kepada isterinya, Mak Andak Alang telah mencampurkan dengan nasi yang ditanak. Memakan nasi bercampur Maya Padi ini menjadi titik peralihan yang mengubah nasib keluarga Pandak Maya. Rezekinya mula bertambah dan seterusnya isterinya hamil lagi.
,br>

Rezeki Pandak Maya mula melimpah selepas menjumpai burung layang-layang di gua, di Belanga Pecah. Dia telah menjual sarang-sarang burung tersebut kepada taukeh Cina di Pengkalan (Padang Mat Sirat) untuk pasaran Pulau Pinang. Sarang burung layang-layang menjadikan keluarga Pandak Maya kaya.
,br>

Bagaimanapun apabila diminta rakan-rakannya menunjukkan tempat sarang burung tersebut, tidak dijumpai lagi. Sekali lagi cerita ini mengambarkan kepercayaan masyarakat yang rezeki tersebut hanya dianugerahkan untuk seseorang dan bukan untuk perkongsian bersama. Apatah lagi kegiatan persendirian Pandak Maya semakin meningkat penghasilannya. Ternakan dan tanaman semakin menjadi dan pengeluaran bertambah banyak.
,br>

Cerita tentang tuah anak yang dikandung isterinya bertambah hebat apabila suatu malam , Pandak Maya terdengar suara ular itek (ular cinta Mani) berdekatan rumahnya. Pandak Maya berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak untuk hidangan keluarga. Mengikut kepercayaan orang tua, siapa yang memakan daging itek ini akan beroleh rezeki yang melimpah. Jelaslah dari cerita di sekitar kehamilan Mak Andak Alang, keluarganya sudah berlimpah rezeki. Ini suatu petanda bayi bakal lahir membawa tuah.
,br>

Apabila tiba masa, Mak Andek Alang melahirkan bayi perempuan yang comel, dan dinamakan Mahsuri. Rezeki keluarga ini semakin bertambah apabila Pandak Maya menjumpai batu kemian yang kemudiannya dijual kepada taukeh Cina di Padang Mat Sirat.
,br>
Bersambung …….

Artikel ini ditulis oleh : Prof. Dr. Mohd. Isa Othman. Dipetik dari http://www.mykedah2.com/10heritage/111_1.html

Posted on 17 May, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: